Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak berikutan orang ramai balik ke kampung sempena Aidilfitri, hari ini.

Lebuh Raya Ke Utara, Timur Sesak Sempena Aidilfitri

Tinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga jam 9 pagi tadi mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.

Trafik juga perlahan di lebuh raya sama arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya; selepas Sungai Buaya ke Bukit Tagar; dari Lembah Beringin ke Behrang; susur keluar persimpangan Sungkai ke Plaza Tol Sungkai; dari Bidor ke Gopeng; dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara dan sebelum Sungai Perak ke Kuala Kangsar.

Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan arah utara turut perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya; dari Slim River ke Sungkai akibat ‘bottle neck’ dan dari Tapah ke Gopeng.

Lebuh Raya Ke Utara, Timur Sesak Sempena Aidilfitri

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik sesak arah timur dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) (Bandar Dalam) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply