Lee Kwang Soo Bakal Tinggalkan ‘Running Man’ Selepas 11 Tahun | Siapa tidak kenal rancangan realiti terkenal dari Korea iaitu ‘Running Man’ (RM) yang telah menjadi rancangan kegemaran ramai sama ada warga Malaysia mahupun dunia.

Rancangan bertemakan permainan ini sering mendapat tempat di hati penonton sehingga ia dikatakan sering mempunyai rating penonton yang tinggi. Namun, setelah RM sudah mencapai usia 11 tahun, dikatakan salah seorang bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan rancangan tersebut selepas ia telah disahkan sendiri oleh agensi lakonannya iaitu ‘Starship Entertainment’.

Lee Kwang Soo Bakal Tinggalkan 'Running Man' Selepas 11 Tahun

Menurut satu kenyataan, Starship telah mengesahkan bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan rancangan RM dari SBS dan bakal membuat rakaman terakhirnya pada 24 Mei tahun ini.

Dia dilaporkan telah terlibat dengan kemalangan jalan raya tahun lalu namun telah mendapatkan rawatan terapi fizikal biasa namun ada kalanya dia berasa agak sukar untuk menjaga fizikalnya kerana masih menjalani penggambaran RM yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi.

Perbincanga secara panjang lebar telah diadakan bersama staf produksi kru, rakan-rakan dan juga agensi dan kesimpulannya dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal mahupun mental. Program yang dikenali sebagai ‘rumah’ oleh Lee Kwang Soo selama hampir 11 tahun, agak sukar baginya untuk mengambil keputusan ini namun ia tidak dapat dielakkan bagi menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton di masa hadapan.

Menurut kenyataan dari Starship lagi, mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas sokongan yang tidak terhingga kepada Lee Kwang Soo di Running Man dan berjanji akan menyambut penonton pada lain kalinya dalam keadaan sihat dan ceria.

Pada Februari 2020, Lee Kwang Soo telah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan kereta dan mengalami kecederaan patah di pergelanggan kaki kanannya namun masih terlibat dalam penggambaran Running Man dengan beberapa selebriti jemputan selama beberapa minggu.

Sumber: AllKpop

Share.

Leave A Reply