Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 tahun dan kenderaan mewah jenis Jaguar yang dipandu pemuda berusia 32 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, eksiden itu menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sehingga 90 peratus.

“Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan selepas berjaya keluar dengan sendiri. Manakala, pemandu kereta Jaguar pula selamat,” katanya di sini hari ini.

Heza berkata, bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air pam jentera dan water tanker sehingga kebakaran padam sepenuhnya.

Jelasnya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh unit EMRS dan dihantar ke hospital.

Menurut beliau, operasi tamat pada pukul 1.18 pagi dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Dua Remaja Maut Dalam Tragedi Kemalangan Konvoi Motosikal

Dua remaja maut dalam kejadian kemalangan membabitkan lapan buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala Seremban malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa yang maut merupakan penunggang dan pembonceng salah sebuah motosikal terbabit.

Pembonceng motosikal tersebut maut di tempat kejadian dikenali sebagai Aqilah Aisyah Rafli, 14, beralamat di Taman Desa Gemilang, Kuala Lumpur.

Susulan itu, penunggang motosikal tersebut pula merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun berasal dari Kajang, Selangor dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kemalangan berlaku terdapat kira-kira 50 buah motosikal mengekori di belakang sebuah kereta.

“Apabila sampai di Kilometer 14.4 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta lalu terjatuh di atas jalan.

“Tujuh buah motosikal lain cuba mengelak dan berlanggar sesama sendiri. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

Takziah diucapkan kepada mangsa dan keluarga mangsa serta didoakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply