Rakaman Kelibat Didakwa Puntianak Atas Pokok.| Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan situasi kain berwarna putih. Yang kelihatan seperti lembaga sedang berdiri dalam keadaan terapung pada dahan sebatang pokok. lapor portal berita Coconuts semalam. Rakam puntianak
Berdasarkan video yang dikongsikan di laman TikTok itu, sehelai kain misteri dilihat seperti terapung di sebatang pokok di Hougang Avenue 8 pada waktu malam, ketika cuaca hujan.
Ramai pengguna berpendapat lembaga itu merupakan puntianak.
Tonton video rakaman terbabit : Rakam puntianak
@ahmadbafadhal Pure white cloth means it’s a stray Pontianak … Question is, does it not get wet in the heavy rain? #fyp #horror #tiktok #sg #tiktoksg #singaporetiktok #hantu #pontianak #pontianakviral #viral #scary #haunted #paranormal #supernatural ♬ original sound – The Quack House
KAIN PUTIH
“Kain berwarna putih bermaksud ia adalah puntianak yang berkeliaran. Soalannya, adakah ia tidak basah ketika hujan lebat?” kata seorang pengguna.
“Puntianak pun perlu berlindung daripada hujan,” kata seorang netizen.
Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan pengguna yang menganggap ia hanyalah sehelai cadar tilam berwarna putih yang diterbangkan angin. rakam puntianak
Sumber : Kosmo
Baca artikel ini juga :
Lelaki Disangka M@ti ‘Hidup’ Semula | Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda.
Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut.
GANGGUAN KESEDARAN
Dalam pada itu, Ilham Chaidir, pengarah utama hospital telah memaklumkan bahawa Us hanya mengalami gangguan kesedaran.
Beliau juga menyatakan bahawa pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik.
Sementara itu, abang kepada Us, Saputra menjelaskan, kejadian terjadi pada hari Jumaat lalu apabila adiknya diisytihar meninggal dunia selepas melakukan aktiviti di Semarang.
Saputra menyatakan bahawa adiknya meninggal di Semarang ketika ada aktiviti di sana. Seseorang memberitahu dia jatuh sakit dan dibawa ke hospital di Jakarta dan di Hospital Jakarta dia dilaporkan meninggal dunia.
Sementara itu, keluarga Us terkejut dengan situasi kerana melihat tiada tanda memperlihatkan Us masih hidup ketika keranda tiba di kediaman.
Sumber: Astro Awani