Seorang Lelaki [email protected] Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mengecas Telefon. | Port Dickson: Pekebun pekerja sayur warga Bangladesh ditemui meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit.

Mangsa, Md Abdul, 40-an, ditemui penyelia selepas cuba memanggilnya kerana masih tidak kelihatan bekerja di ladang sayur tidak jauh dari rumah.

Menurut jiran mangsa, Ajarah Maarof, 59, dia dimaklumkan penyelia ladang sayur keadaan mangsa yang dipercayai pengsan di lantai rumah.

“Saya lihat keadaan dia agak parah di dada dengan kesan melecur dipercayai terkena renjatan elektrik.

“Saya terus menghubungi pasukan bomba dan penyelamat serta polis. Pegawai perubatan yang turut datang mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, mangsa seorang yang rajin dan selalu ke masjid untuk solat berjemaah.

“Setahu saya dia yang dipanggil ‘Baiya’ tidak mempunyai keluarga di Malaysia sejak bekerja dua tahun di sini.

“Saya difahamkan wayar pengecas telefon bimbit mangsa basah akibat terendam dalam banjir kilat yang berlaku awal pagi tadi. Mungkin berlakunya litar pintas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Sumber : HM

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

‘Saya bangga jadi antara profesor Melayu sokong Anwar’

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Mohammad Agus Yusoff hari ini mempertahankan penglibatannya dengan sekumpulan profesor Melayu yang secara terbuka menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

“Saya berasa bangga menjadi antara 70 profesor Melayu yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri ke-10 kerana kita mahu melihat perubahan dalam negara ini.

“Ini adalah sebahagian daripada sejarah kerana ini kali pertama (ahli akademik) tampil menyatakan pendirian,” katanya kepada Malaysiakini.

Kepakaran Agus ialah dalam sains politik dan sejarah.

Agus adalah antara 70 ahli akademik Melayu yang tersenarai dalam dokumen “Deklarasi Profesor Melayu G70” semalam.

Bagaimanapun, dua daripada mereka yang disenaraikan – Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan bekas pensyarah UKM Ishak Yusoff – menafikan menyokong deklarasi itu di laman Facebook masing-masing.

Malaysiakini kini sedang cuba mengesahkan sama ada individu lain yang tersenarai memang menyokong deklarasi itu.

Deklarasi itu menyatakan bahawa selepas memberi pertimbangan sewajarnya, mereka menyokong Anwar sebagai perdana menteri kerana menurut mereka presiden PKR itu adalah satu-satunya yang mempunyai pengalaman, kredibiliti dan integriti untuk memimpin masyarakat majmuk berdasarkan keperluan Islam sebagai agama persekutuan.

Mereka juga menyifatkan Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dipimpin Anwar, adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan menjaga kepentingan umat Islam, Melayu dan bumiputera.

Semalam, Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan dakwaan bahawa kenyataan 70 ahli akademik itu tidak menggambarkan pendirian tenaga pengajar kementerian itu.

Kementerian itu berkata ia menghormati kebebasan bersuara dalam kalangan individu dan kakitangan akademik, namun mengingatkan bahawa penjawat awam masih perlu mematuhi peraturan dan undang-undang.

Secara berasingan, Majlis Profesor Negara (MPN) mengeluarkan kenyataan mengecam ahli akademik yang telah bersara yang masih menggunakan gelaran “profesor” dalam deklarasi itu.

Dalam satu kenyataan, MPN berkata ahli akademik yang telah bersara tidak dibenarkan menggunakan gelaran “profesor” melainkan mereka dilantik sebagai “professor emeritus”.

Perkara itu telah dijawab alam epilog deklarasi G70. Kumpulan itu berkata menghalang penggunaan istilah “profesor” oleh pesara adalah perkara birokrasi.

Share.

Leave A Reply