Keadaan hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air sekali gus berhadapan dengan bencana banjir. Paras air meningkat dengan sangat cepat menyebabkan orang di kawasan yang terjejas mempunyai kesukaran untuk bergerak dengan kadar yang segera.
Situasi itu tentu sahaja mencemaskan penduduk setempat khususnya bagi mereka yang tidak melakukan sebarang persediaan.
Perkara sama turut berlaku kepada pasangan warga emas di Pengkalan Hulu, Perak baru-baru ini yang berhadapan dengan kejadian banjir.
Difahamkan perkara tersebut berlaku sekitar tengah malam apabila paras air melimpah semakin meningkat.
Berdasarkan satu rakaman yang tular di TikTok, warga emas berkenaan dilihat cemas dan terpinga-pinga berhadapan dengan situasi itu.
Kekecohan berlaku apabila apabila pasangan itu tidak membuka pintu ketika orang kampung mahu membantu mereka.
Bagaimanapun salah seorang warga emas terbabit akhirnya membuka pintu bagi membolehkan penduduk kampung bertindak pantas menyelamatkan mereka.
Keadaan air yang masuk ke dalam rumah pasangan itu sudah mencecah paras lutut.
Video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok yang dikenali sebagai @jalyppc999 telah mendapat tontonan lebih daripada 200,000 orang.
@jalyppc9999 Panic Warga Emas Banjir Tiba2Di Pengkalan Hulu
Warga emas terbabit turut kelihatan uzur dan memerlukan bantuan untuk bergerak terutama dalam keadaan sebegitu.
Dalam pada itu, pengguna media sosial turut meluahkan rasa simpati dan kebimbangan terhadap keadaan pasangan warga emas itu memandangkan mereka dipercayai hanya tinggal berdua sahaja.
“Faham orang panik. Tetapi orang tua kena slow talk. Apa-apa pun semoga semua terlibat selamat,” komem salah seorang netizen.
“Kasihan orang tua nanti terkejut. Semoga dipermudahkan urusan keluarga.”
‘Saya rasa dia fikir nak selamatkan mak ayah dia saja. Semoga semuanya selamat. Sekelip mata saja tu air boleh naik tinggi”
“Ikutkan musim sekarang ini Pantai Timur yang alami banjir. Tetapi sekarang, negeri yang tidak mengalami banjir sudah terjadi banjir. Di Terengganu, Pahang dan Kelantan masih belum terjadi banjir”
“Kesiannya dia, orang yang tengah panik, keadaan mereka akan jadi macam itu. Moga Allah tenangkan hati pakcik.”
Diharapkan semoga mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir sentiasa dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan bermula 7 November dan berlarutan sehingga Mac 2023.
Sumber : Majoriti Official