Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Rata-rata komen netizen di Facebook berasa kesal dengan kejadian yang berlaku.

“Dah tua pon bodoh.. 😡 Agong lambang kedaulatan negara. Jangan sesekali menpermainkan Tuanku Agong. Rakyat harus berbangga dan pertahankan sultan2 melayu tanah air kita,” @Wak Doyok.

“Lucutkan kerakyatan bagi pengajaran pada yang lain. Buktikan negara kita negara beraja dan berdaulat,” @Aisya Nurain.

“Hukum seberat2 hukuman kepada penderhaka. Memang kita semua tak maksum termasuk agung, tapi kena faham sistem beraja yang memanyungi agama, bangsa dan negara Islam umumnya,” @Pokok Belimbing.

“Siapa pun yang jadi Perdana Menteri minta kuatkuasakan undang-undang:  1. Hukuman berat bagi setiap pelaku penghinaan terhadap sebarang agama dinegara ini. 2. Hukuman paling berat terhadap pelaku penghinaan, atau salah laku kepada YDPA atau insitusi raja2 3.Hukuman berat bagi setiap pelaku penghinaan terhadap bangsa atau keturunan seseorang. Insya-Allah! Kalau perkara ini dapat dilakukan saya percaya Malaysia akan aman dari anasir-anasir yang tidak baik dan pelampau agama dan bangsa,” @Syed Yaizd AlQudsy.

Sumber: Harian Metro

 

Baca Juga: Video Tular Cubaan Lelaki Lari Dari Polis, Akhirnya Ditahan

Tindakan seorang penunggang motosikal yang tular melarikan diri ketika dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar di sini, kelmarin mengundang padah apabila dicekup polis.

Kejadian antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis.

“Justeru, kita kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dengan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

“Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya itu dan didapati tiada sebarang rekod senarai hitam.

Agus Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam dan  Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu serta Seksyen 15 ( 1 )( a ) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan.

@mohamadazwan07

♬ original sound – Hilman Hamzah – Hilman Hamzah

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply