Lelaki Ceraikan ‘Isteri’ Kerana Hanya Tahu Masak Nasi.

| October 3, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ceraikan ‘Isteri’ Kerana Hanya Tahu Masak Nasi. | Baru-baru ini tular seorang lelaki ‘berkahwin’ dengan periuk nasi kerana alasan tertentu. Hari ini digemparkan dengan berita lelaki itu telah menceraikan ‘isterinya’ dengan alasan ‘isterinya’ hanya boleh memasak nasi. Mungkin lelaki ini tidak mengetahui bahawa ‘isterinya’ itu boleh memasak pelbagai jenis masakan jika dia kreatif. Baca selanjutnya.

 

 

JAKARTA – Seorang lelaki yang tular baru-baru ini kerana tindakannya yang mengahwini sebuah periuk nasi akhirnya bercerai dengan ‘isterinya’ itu selepas empat hari, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, lelaki bernama Khoirul Anam itu berkata ikatan perkahwinan yang dibina itu ternyata tidak bertahan lama selepas dia memilih untuk menceraikan ‘isterinya’ itu.

Alasannya adalah kerana si ‘isteri’ itu hanya mampu memasak nasi dan tidak tahu memasak makanan lain.

Kisah tersebut yang turut dikongsi oleh laman Instagram @kl.foodie mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Apa lagi yang dia (Khoirul) harapkan boleh dimasak oleh sebuah periuk nasi?” soal seorang netizen.

“Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya ya dia bertengkar dengan ‘isterinya’ itu sebelum memutuskan untuk bercerai,” kata seorang netizen lain.

Khoirul pada 20 September lalu membuat keputusan untuk berkahwin dengan sebuah periuk nasi dan memberitahu dia memilih perkakas itu kerana ia berwarna putih, senyap dan bijak memasak nasi. – AGENSI

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *