Seorang lelaki berusia 29 tahun dikejarkan ke hospital selepas menghisap ganja di sebuah pantai, di sini baru-baru ini.

Lelaki Diserang 'Panic Attack' Selepas Hisap Ganja. Ini SEBABNYA

Lapor Thaiger, mangsa dipercayai terkena serangan panik selepas mengalami beberapa gejala akibat mengambil bahan tersebut.

Seksan mengalami sesak dada dan pening selepas menghisap ganja sebelum mendapatkan bantuan dari orang ramai.

Polis Pattaya menerima maklumat mengenai seorang pengunjung yang mengalami masalah pernafasan, masalah penglihatan, kebimbangan, pening dan sesak dada.

Anggota penyelamat kemudian merawat mangsa sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan kesihatan lanjut.

Difahamkan, lelaki itu hanya pernah menghisap ganja beberapa tahun lalu, dan tidak biasa dengan kesan sampingan tersebut.

Sebelum ini, kerajaan Thailand melarang golongan muda mengakses ganja dan mengawal bagi penggunaan rekreasi selepas 33 organisasi bergabung menyerahkan surat bantahan.

Banyak kekeliruan timbul selepas Thailand membenarkan orang ramai menanam pokok ganja di kediaman masing-masing.

Bulan lalu, lebih 150,000 orang mendaftar untuk memohon kebenaran menanam ganja melalui Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Thailand.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply