Lelaki Ditahan Lepas Lakukan Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Terhadap Kambing Betina.

| July 28, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ditahan Lepas Lakukan Perbuatan ‘Tak Senonoh’ Terhadap Kambing Betina. | PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan dipercayai melakukan perbuatan di luar tabii terhadap seekor kambing betina sehingga mati dalam kejadian di Serendah di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.30 petang apabila pemilik kambing berusia 45 tahun terdengar bunyi lain mengembek dari kandangnya yang terletak di belakang rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Arsad Kamarudin berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat pemilik kambing kir-kira pukul 6 petang semalam.

Katanya, ketika kejadian, lelaki itu mendapati terdapat seorang lelaki warga tempatan yang dikenali dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing.

“Suspek kemudian melarikan diri. Pengadu turut mendapati kambing miliknya telah mati dan kambing itu dihantar ke makmal Jabatan Veterinar untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Bertindak atas maklumat, suspek berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi ini di kawasan semak di Kampung Sungai Buaya, Serendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Arsad berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah.

Katanya, suspek akan direman esok di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377 Kamun Keseksaan (KK) atas perhubungan luar tabii terhadap haiwan dan Seksyen 289 KK kerana kecuaian terhadap haiwan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama 20 tahun atau denda dan sebat atau selama enam bulan serta denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber : UM

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *