Remaja Perempuan Dipijak Sampai Mati Oleh Ahli Keluarganya.

| July 28, 2021 | 0 Comments

Remaja Perempuan Dipijak Sampai Mati Oleh Ahli Keluarganya. | UTTAR PRADESH, INDIA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari negeri Uttar Pradesh, India dibelasah hingga mati oleh ahli keluarga gara-gara memakai seluar jeans ketika menghadiri upacara keagamaan, lapor akhbar The Sun, semalam.

jeans

Tidak cukup dengan itu, mayatnya digantung di sebuah jambatan sebagai tayangan kepada umum.

Mangsa, Neha Paswan, 17, dipukul dengan tongkat oleh datuk dan bapa saudaranya selepas bertengkar mengenai cara pemakaian gadis itu.

Menurut ibunya, Shakuntala Devi Paswan, Neha sebelum itu berpuasa di waktu siang dalam satu amalan keagamaan.

“Pada waktu malam, dia memakai seluar jeans beserta baju T dan menjalani ritual keagamaan seperti biasa.

“Apabila datuk dan neneknya memarahi dia kerana memakai pakaian tersebut, Neha menjawab bahawa seluar jeans dibuat untuk dipakai, ” katanya.

Beberapa ahli keluarga yang lebih tua turut membantah pemakaian gadis itu kerana ia dilihat sebagai pakaian barat yang tidak sopan selain menyuruh Neha memakai pakaian tradisional.

Pertelingkahan tersebut berlarutan sehingga membawa kepada keganasan, di mana Neha dipukul sehingga tidak sedarkan diri.

Tambah Shakuntala, Neha kemudiannya dibawa ke hospital oleh kaum lelaki dan ahli keluarga yang lain melarangnya daripada mengikuti mereka.

“Mereka tidak membenarkan saya menemani Neha, jadi saya meminta beberapa saudara untuk mencari Neha di hospital namun dia gagal ditemui,” ujarnya.

Pada keesokan paginya, Shakuntala mendengar berita bahawa terdapat mayat seorang gadis ditemui tergantung dari sebuah jambatan di sungai berdekatan, dan apabila disiasat, ia merupakan mayat Neha.

Susulan itu, satu kes pembunuhan dan pemusnahan bukti telah dibuat terhadap 10 individu, dan tertuduh adalah termasuk datuk dan nenek Neha, beberapa bapa saudara dan ibu saudara, sepupu serta pemandu teksi auto.

Bapa Neha, Amarnath Paswan ketika kejadian tiada di rumah kerana bekerja sebagai buruh binaan di bandar Ludhiana.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *