Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta Akibat Lemas Kepulan Asap.

| February 15, 2021 | 0 Comments

Lelaki Ditemukan Mati Dalam Kereta Akibat Lemas Kepulan Asap.| Kuala Lumpur: Lelaki ditemukan mati dipercayai lemas akibat kepulan asap selepas membakar arang dalam sebuah kereta di Sri Petaling, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 10.05 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa berada di tempat duduk pemandu, dan polis turut menemui pasu mengandungi arang di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta terbabit.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa disyaki membakar arang di dalam kereta dan menyebabkannya lemas akibat kepulan asap,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *