Nak Dengar Stesen Radio 1 Dunia? Tekan Titik Hijau Tu. Ramai Tak Tahu.

| February 15, 2021 | 0 Comments

Nak Dengar Stesen Radio 1 Dunia? Tekan Titik Hijau Tu. Ramai Tak Tahu.| Mesti ramai tak tahu yang kita boleh dengar radio satu dunia hanya klik mana-mana titik hijau yang ada dalam Google earth ni. Tak caya cuba buka.

radio dunia

Mendengar radio sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang sukakan muzik. Malah, di dalam kereta juga radio menjadi medium hiburan utama bagi menghilangkan rasa bosan ketika memandu.

Seorang wartawan di Twitter, David Pogue mendedahkan satu laman web iaitu Radio.garden yang membolehkan anda mendengar pelbagai stesyen radio seluruh dunia dengan hanya klik titik hijau di Google earth tersebut.

Anda boleh memutarkan google earth tersebut untuk memilih negara yang anda mahu dan klik mana-mana titik hijau, stesen radio tersebut akan dimainkan. Menurut Pogue, anda boleh menghabiskan berjam-jam dengan Radio green ini.

Sumber : Siakapkeli

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *