Perdana Menteri Umum Ahli Parlimen, ADUN Terima Vaksin Fasa Pertama

| February 15, 2021 | 0 Comments

Perdana Menteri Umum Ahli Parlimen, ADUN Terima Vaksin Fasa Pertama | Negara kita akan menerima vaksin Covid-19 tidak lama lagi, terbaru ini antara penerima fasa pertama vaksin Covid-19 diumumkan Perdana Menteri. Baca selanjutnya..

AHLI PARLIMEN DAN ADUN PENERIMA AWAL

Putrajaya: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin COVID-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

cucuk vaksinGambar Hiasan

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi.

“Oleh sebab bentuk kerja mereka begitu rupa maka, kita setuju Ahli Parlimen dan ADUN tak kira pihak mana, akan diberi vaksin dalam fasa pertama untuk mereka menjalankan tugas secara lebih berkesan dan selamat,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini, hari ini.

Turut serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang merupakan Pengerusi Bersama JKJAV.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara berfasa akan bermula pada 26 Feb ini dan Perdana Menteri akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Muhyiddin berkata, beliau meminta Dr Adham dan Khairy untuk berbincang dengan pemimpin parti politik bagi mendapatkan persetujuan mereka dan memahami keperluan menerima vaksinasi Covid-19 berkenaan.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *