Rumah Murah Untuk Dijual. Hanya Dengan Harga RM4.90.

| February 15, 2021 | 0 Comments

Rumah Murah Untuk Dijual. Hanya Dengan Harga RM4.90. | Sebuah bandar di Itali ada mengiklankan rumah untuk dijual dengan harga amat murah iaitu RM4.90 sahaja. Ianya terjadi apabila penduduk bandar berkenaan telah berpindah ke rumah lebih moden. Baca selanjutnya.

rumah murah

Rom: Sebuah lagi bandar di Itali mengiklankan rumah untuk dijual pada harga hanya satu euro (RM4.90).

CNN melaporkan Troina di pulau Sicily menyenaraikan puluhan rumah terbiar di bandar itu, pada harga yang lebih murah secawan kopi espreso.

Sebelum ini, bandar Mussomeli di pulau sama turut mengiklankan rumah untuk dijual pada harga berkenaan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan di Zungoli, sebuah bandar di selatan negara itu iaitu Mussomeli turut mengikut jejak langkah sama.

Harga tidak masuk akal itu adalah bagi menarik penduduk baharu ke bandar lama itu selepas sebahagian besar penduduknya sudah berhijrah ke kawasan lain.

Datuk Bandar Troina Sebastiano Fabio Venezia berharap inisiatif yang diumumkan pada akhir November lalu akan membawa memberi ‘nafas baharu’ kepada bandar berkenaan.

Kawasan itu mengalami penurunan penduduk yang ketara selepas penduduk memilih untuk berpindah ke rumah lebih moden di sekitar Troina.

Malah, ada antara mereka yang berhijrah ke bandar lain.

“Saya ingin menyelamatkan daerah lama kami daripada menjadi ‘kubur’ dan memulihkan kemegahan korta yang pernah menjadi ibu kota kerajaan Norman di Sicily.

“Kawasan bandar lama mesti disusun semula secara keseluruhan, dan saya berniat melakukannya dengan cepat,” katanya.

Untuk mempercepat proses penjualan, Venezia menubuhkan pasukan petugas perumahan dan pakar undang-undang yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.

Selain itu, pihak berkuasa menjalankan urus niaga berkenaan secara dalam talian di laman web, HouseTroina.

“Kami tidak mahu pembeli berdepan kerenah birokrasi atau menakut-nakutkan mereka dengan kertas kerja yang membosankan,” jelas Venezia.

Meskipun perjalanan antarabangsa ketika ini terhad kerana pandemik Covid-19, pembeli yang berminat boleh melihat hartanah berkenaan di laman web itu.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *