Lelaki Hilang 3 Hari Akhirnya Ditemui Mati Atas Bumbung.

| March 30, 2021 | 0 Comments

Lelaki Hilang 3 Hari Akhirnya Ditemui Mati Atas Bumbung. | Klang: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, sebaliknya ditemukan mati berulat di atas bumbung sebuah kedai besi di Kampung Bukit Kapar, Meru di sini, semalam.

orang hilang

Mangsa berusia 54 tahun dipercayai terjatuh dari pokok mangga berhampiran kedai itu sebelum mayatnya ditemui.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 7 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa bekerja mengambil upah mengecat di lokasi kejadian sejak seminggu yang lalu.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan perbuatan jenayah pada tubuh mangsa.

“Saksi memberitahu si mati pernah beberapa kali memanjat pokok mangga di situ untuk mendapatkan buah. Dia dipercayai memanjat pokok itu untuk mengambil buah sebelum terjatuh di atas atap kedai.

“Mangsa dipercayai tidak sedarkan diri sebelum mayatnya ditemui. Kali terakhir dia dilihat orang ramai pada petang Jumaat lalu,” katanya tadi.

Beliau berkata kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga pihaknya mendapat keputusan bedah siasat.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk menurunkan mayat mangsa pada jam 7.54 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan sudah berulat selepas tiga hari dicari oleh ahli keluarga.

“Kami lakukan kerja sanitasi dan menurunkan mayat mangsa sebelum diserahkan pada pihak polis,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *