Bunga Sakura ‘Mekar’ Sebelum Masanya Di Jepun, Krisis Iklim Menjadi Penyebab | Bunga Sakura memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya rakyat tempatan Jepun selama berabad lamanya kerana sering digunakan dalam puisi serta sastera tentang kerapuhan mereka yang dilihat sebagai simbol kehidupan, kematian serta kelahiran semula.
Bunga Sakura yang sinonim dengan negara matahari terbit, Jepun dilaporkan telah mencapai puncak kemekarannya awal tahun ini daripada tahun-tahun sebelumnya sejak mereka membuat catatan rasmi mengenai bunga Sakura sejak 70 tahun yang lalu. Hal ini telah dikaitkan dengan krisis iklim seperti pemanasan global yang melanda, menurut pakar.
Juga dikenali sebagai Cherry Blossom, ia biasanya mencapai kemuncak kemekaran pada awal Bulan April iaitu bertepatan dengan permulaan tahun bagi sekolah serta perniagaan baru namun dilaporkan bunga tersebut telah mencapai kemuncak kemekaran lebih awal pada tahun ini.
Tahun 2021 mencatatkan kemekaran bunga Sakura yang terawal pada 26 Mac di ibu kota Kuno, Kyota sejak Badan Metrologi Jepun mula mengumpul data pada tahun 1953 dan ia melebihi 10 hari lebih awal dari rata-rata 30 tahun lalu. Catatan yang serupa juga telah direkodkan tahun ini di beberapa bandar di seluruh Jepun.
Menurut laporan The Guardian, sesetengah penduduk tempatan mengesahkan bahawa tahun ini merupakan tahun puncak paling awal yang pernah ada, berdasarkan catatan dari dokumen bersejarah, buku harian serta buku puisi dari Kyoto.
Saintis alam sekitar Universiti Prefektur Osaka, Yasuyuki Aono, merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membuat catatan bunga Sakura dalam laporannya mengatakan bahawa puncak kemekaran yang terawal telah dijumpai pada 27 Mac iaitu pada tahun 1236, 1409 serta tahun 1612, walaupun tiada catatan direkodkan pada tahun-tahun tersebut.
Menurut Shunji Anbe, seorang pegawai di bahagian pemerhatian di Badan Meteorologi Jepun dalam laporan The Guardian, hal ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh kesan pemanasan global yang melanda dunia. Agensi tersebut turut menjadikan 58 pokok ceri ini sebagai ‘penanda aras’ bagi seluruh negara dan mendapati 14 daripaya telah mencapai kemuncak dalam masa yang singkat.
Tambahnya lagi, pokok tersebut biasanya mekar selama dua minggu setiap tahun dari tunas pertama hingga semua bunga jatuh namun disebabkan bunga tersebut sesitif terhadap perubahan suhu sehingga mempengaruhi masa berbunga maka ia dapat memberikan data berharga untuk kajian perubahan iklim.
Menurut data dari agensi Metrodologi suhu purata Mac di Kyoto telah meningkat kepada 10.6C (51.1F) pada tahun 2020 dari 8.6C pada tahun 1953. Setakat ini suhu purata Mac tahun ini di Jepun adalah 12.4C.
Sumbet: The Guardian