Kejam! Jurusolek Mati Dirogol, Dipenggal Dan Kepalanya Direbus Di Atas Dapur Gas | Seorang wanita berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah pangsapuri berdekatan Bandar Almaty, Kazakhstan, baru-baru ini.
Mangsa dikenali sebagai Ayazhan Edilova, 19, yang merupakan seorang jurusolek disyaki telah diperkosa oleh suspek sebelum dia dibunuh dengan kejam di rumah suspek.
Suspek telah ditahan di rumahnya selepas pihak polis menjumpai kepala mangsa yang sedang merenung ke hadapan berada di atas sebuah dapur gas.
Bahagian anggota lain mangsa turut dijumpai di tong sampah berdekatan rumah suspek selepas pihak polis membuat pencarian di kawasan sekitar untuk mendapatkan bukti. Polis mengesyaki suspek sebagai pembunuh bersiri selepas mereka menjumpai beberapa tubuh yang turut dikerat-kerat dipercayai mangsa lain yang turut menjadi korban.
Mereka turut mengesahkan bahawa gigi serta kuku mangsa telah dicabut sebelum kepalanya dipenggal lalu direbus dalam air panas di dapur gas rumah suspek.
Seorang pegawai polis Almaty mengatakan bahawa suspek melakukan cubaan membunuh diri sejurus pihak polis tiba di tempat kejadian kerana berjaya menghidu perbuatan terkutuknya namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan dikerjakan ke hospital berdekatan. Kini, suspek telah ditahan di bawah jagaan bersenjata.
Suspek disyaki telah mengikuti mangsa sebelumnya dan telah menyamar sebagai pelanggan di butik kecantikan tempat mangsa bekerja setelah berjaya menjejaki mangsa dan mengekori mangsa sehingga mereka berjumpa di dalam sebuah lif di bangunan pangsapuri tersebut.
Rakaman CCTV dari tempat kejadian menunjukkan bahawa mangsa memasuki lif bersama suspek secara rela sebelum keadaan seterusnya tidak dapat dipastikan oleh pihak polis kerana kehilangan jejak. Namun, polis mengesyaki ketika mereka berdua berada di dalam lif, suspek tersebut telah mengambil tindakan dengan menculik mangsa sebelum melakukan pembunuhan kejam tersebut kepada mangsa.
Ahli keluarga mangsa yang menyedari kehilangan mangsa terus melaporkan kepada polis untuk membantu mencari Ayazhan yang tidak pulang ke rumah. Namun, mereka menemui jalan buntu selepas pihak polis tidak memandang kehilangan Ayazhan sebagai sesuatu yang serius kerana berpendapat bahawa Ayazhan tidak pulang kerana ‘berfoya-foya’ di luar.
Ahli keluarga Ayazhan, Almat Mulikov dalam satu laporan mengatakan pihak polis telah memberi mereka untuk melihat foto-foto bahagian tubuh yang dijumpai dan mendapati setiap kuku serta gigi telah dicabut sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik yang terpisah. Kelihatan juga bahagian anggota badan mangsa turut dipotong secara profesional, tambahnya lagi.
Almat menggambarkan suspek sebagai seorang ‘maniac‘ kerana tergamak melakukan semua perkara tersebut kepada saudara perempuannya yang tidak bersalah tersebut.
Difahamkan bahawa suspek yang ditahan mempunyai pendidikan dalam perubatan serta merupakan ahli farmasi terlatih berusia 28 tahun.
Sumber: Daily Star