Wanita Kongsi Pengalaman Akibat Tak Ingat Nombor Plat Motosikal Suami, Malu Dengan Diri Sendiri | Tidak dinafikan, lumrah seorang manusia tidak semua perkara kita akan ingat. Kadang-kala ada sahaja perkara yang kita mudah lupa. Tidak perkara A, pasti perkara B yang lupa.
Begitu juga dengan kisah seorang wanita yang telah berkongsi pengalamannya ketika dia lupa tentang nombor plat motosikal suaminya sendiri. Perkongsian beliau yang dibuat dalam grup Lupa Apa Hari Ini rata-rata telah menghiburkan warga maya yang membacanya.
Mari ikuti perkongsian beliau di bawah.
Cerita ni dah lama 11 tahun dah. Masa tu baru-baru kahwin. Aku demam, dah tu hari tu gaduh dengan suami. Moto ada satu je Exdream merah. Suami balik kerja malam tu aku terus ambil motor pergi klinik. Dekat jugak la dengan rumah. Lepas jumpa doktor, ambil ubat nak balik tu aku tengok ada baju sejuk perempuan dalam raga motor suami aku tu.
Aku ambil, cium…Sah! Baju perempuan sebab ada bau perfume perempuan. Hati ni menggila memberontak, dalam hati ni dok mencarut dah. Siap la kau, aku balik aku nak mengamuk tak kira la apa nak jadi pun!
Dah lah nak marah aku cucuk kunci tak masuk-masuk lagi la aku geram. Tangan ni dah sejuk hati ni berdebar-debar rasa macam langit runtuh, air mata dah luruh laju. Aku punya geram kunci tak boleh cucuk, aku terajang moto tu sampai terbalik patah side mirror. Tiba-tiba ada sorang perempuan ni datang “Kak, bakpo henja muto sayo?” (Kak, kenapa terajang moto saya?)
Ya Allah rupanya moto staff klinik tu. Moto aku kat sebelah dia. Aku tertukar moto rupanya padan la cucuk kunci tak masuk. Aku pun pergi kat dia tak cakap banyak aku bagi RM 20, aku cakap “Saya minta maaf” terus aku blah.
Tahap malu aku Tuhan je tahu. Nasib baik masa tu bukan zaman viral orang lagi.
Aku ada masalah nak ingat nombor plat. Dari dulu sampai sekarang aku tak pernah ingat nombor plat kereta dan moto suami aku. Asal aku tengok colour sama je aku ingat kereta/motor dia.
Sumber : Nik Husmahafeefa Abdullah