PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang melarikan diri dari pemeriksaan polis sejauh 28 kilometer, melanggar palang plaza tol dan merempuh beberapa kenderaan akhirnya terbongkar setelah berjaya ditahan di Jalan Saujana Putra 6/2, Bandar Saujana Putra, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang tadi, polis telah menemui 25 unit batang kabel yang telah dipotong dipercayai hasil curi di dalam lori yang dipandu suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pada awal kejadian, dua anggota polis dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah Kajang menerima maklumat berkaitan pergerakan sebuah lori yang mencurigakan di Sungai Chua, Kajang, sebelum memberi arahan untuk berhenti.

Jelasnya, ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan, lori terbabit memecut melarikan diri ke arah Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Anggota polis cuba menghentikan lori berkenaan tetapi suspek melakukan aksi yang boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

“Suspek kemudian diekori oleh pihak polis sebelum suspek bertindak melanggar dua palang di Plaza Tol Ayer hitam dan Plaza Tol Saujana Putra dan beberapa buah kenderaan di Jalan Saujana Putra.

 

 

Baca Juga: Wanita Ada Masalah Mental Curi Duit Di Kaunter Bas

Polis menyerahkan seorang wanita yang dipercayai memiliki masalah mental ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada Khamis, setelah wanita berkenaan ditahan kerana cuba mencuri wang di kaunter bas Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kulai pada Rabu.

Menurut Superintendan Tok Beng Yeow, Ketua Polis Daerah Kulai, polis mengambil keputusan menyerahkan wanita berkenaan kepada pihak hospital bagi menjalani rawatan berikutan suspek gagal memberikan butiran diri ketika disoal siasat.

Beliau berkata, pada 25 Januari, tular di laman sosial Facebook video mengenai seorang wanita yang ditahan dan diperiksa oleh beberapa orang awam kerana disyaki telah mengambil wang dari laci kaunter bas ekspres di Stesen Bas RTC Kulai.

Beliau juga bderkata bahawa pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan telah ke lokasi dan hasil siasatan, kejadian dipercayai berlaku sekitar 9.00 malam.

Beliau menyatakan dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa bagaimanapun, setelah disoal siasat dan pemeriksaan yang dilakukan ke atasnya, suspek telah mengembalikan wang yang diambilnya kepada majikan penjaga kaunter bas ekspres berkenaan.

Untuk rekod, wanita berkenaan dipercayai telah mengambil sejumlah RM800 dari laci kaunter bas ekspres berkenaan.

Sementara itu menurut Beng Yeow, majikan penjaga kaunter bas ekspres berkenaan telah memaklumkan kepada polis agar kes itu tidak dipanjangkan kerana suspek telah pun mengembalikan wang yang diambilnya itu.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply