Seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawanya dengan melintas di tengah-tengah kesesakan jalan raya tular di media sosial.
Dalam kejadian itu, Zachary Sibert, 29, melakukan perbuatan tersebut semata-mata bagi mengelak dikejar oleh pihak polis ketika sekatan jalan raya (roadblock) di Florida, Amerika Syarikat (AS).
Lelaki itu didakwa memandu dengan kelajuan 110 kilometer sejam, manakala lesennya didapati digantung selepas ditangkap memandu secara berbahaya sebelum ini.
Dia dipercayai mengelak kenderaan lain dengan mengambil inspirasi daripada permainan video Frogger.
Menerusi video dikeluarkan oleh polis Brevard County pada Jumaat, Sibert menganggap bahawa tindakan mengelak kenderaan lain yang dipandu laju adalah alternatif yang lebih baik daripada membiarkan dirinya dipenjara.
Video tersebut memaparkan, dia melompat keluar dari keretanya sebelum melintas dan melarikan diri ke Buffer Preserve – sebuah kawasan yang mempunyai keluasan 5,026 ekar.
“Namun, Sibert sempat menjerit meminta maaf kepada pegawai kami ketika berlari. Ini menunjukkan dia seorang penjenayah yang berbudi bahasa dan tidak begitu bijak,” kata jurucakap polis.
@majoritiofficial Dah kenapa lelaki itu sanggup bahayakan nyawanya??? Nak tahu, jangan lupa KLIK UNTUK VIDEO DAN BACAAN PENUH.
Pada masa sama, Sibert didakwa membayar seorang pemandu yang melaluinya kawasan itu untuk membawanya ke tempat lain.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditangkap, selepas pihak polis menahan kereta yang dinaikinya.
Lelaki itu ditemui bersembunyi di tempat duduk belakang kenderaan tersebut.
Dia menghadapi beberapa pertuduhan termasuk memandu dengan lesen digantung dan cuba lari dari sekatan jalan raya.
Oleh itu, lelaki tersebut dikenakan denda sebanyak AS$1,500 (RM6,870) dan dijadual hadir ke mahkamah pada Disember depan.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Suspek Kerat Kekasih Akibat Enggan Batalkan Perkahwinan Dgn Lelaki Lain
Kehilangan seorang gadis sejak awal bulan ini terjawab apabila mayatnya yang dikerat enam ditemukan dibuang dalam sebuah perigi di Uttar Pradesh, India pada Ahad lalu.
Mangsa dikenali sebagai Aradhana Prajapati dilaporkan hilang pada 9 November lalu oleh keluarganya selepas keluar dari rumah untuk bertemu rakan.
Siasatan polis kemudian mendapati mangsa sebenarnya bertemu dengan teman lelakinya di sebuah kuil di perkampungan Paschimi di Azamgarh.
Pertemuan itu dirancang suspek utama pembunuhan, Prince Yadav selepas mengetahui mangsa akan mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.
“Suspek cuba memujuk mangsa untuk mengubah fikiran bagi membatalkan perkahwinan itu.
“Namun mangsa enggan kerana takut dimarahi keluarga. Suspek yang naik berang mencekik mangsa hingga mati.
“Bagi menghapuskan bukti, suspek bertindak mengerat tubuh mangsa dengan bantuan ibu dan bapa saudara serta dua sepupunya,” menurut sumber polis.
Pembunuhan itu terbongkar selepas beberapa penduduk kampung menemui mayat wanita yang kerap dilihat bersama suspek dibuang di dalam dasar perigi.
Semasa proses soal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa pada 10 November lalu sebelum dibawa ke lokasi mayat wanita malang itu dibuang.
Susulan itu, setibanya di lokasi mayat mangsa dibuang, suspek mencapai pistol buatan sendiri yang sebelum ini disorok dalam semak dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang mengiringinya.
Suspek bagaimanapun ditembak dan mati serta-merta di lokasi kejadian.
Kes itu berlaku kurang seminggu selepas pembongkaran pembunuhan kejam Shraddha Walkar yang dikerat 35 bahagian oleh pasangannya di Delhi.
Shraddha dibunuh pada 18 Mei lalu selepas bertengkar dengan Aftab Ameen Poonawala.
Mayat mangsa disimpan selama beberapa bulan di dalam peti ais dan suspek membuangnya pada masa yang berlainan.
Sumber: KMN