Lelaki Terjumpa Terowong Bawah Tanah. Usianya Mengejutkan. | Seorang lelaki warga emas di Beijing terkejut selepas menjumpai satu terowong di bawah tanah rumah miliknya. Selepas digali selama dua tahun, dia bersama dengan anaknya amat terkejut kerana terowong itu merupakan terowong yang sudah berusia 1,000 tahun. Baca selanjutanya.

Seorang lelaki warga emas menemui terowong bawah tanah rumahnya di luar bandar Louyang, wilayah Henan, China.

Lelaki itu menemui terowong lama sejak Dinasti Song dipercayai berusia 1,000 tahun lalu.

Portal Global Times melaporkan, peliknya terowong berliku itu menghubungkan dengan setiap isi rumah di kampung itu.

Lelaki itu, Jia Pengju, 75, menemui pintu masuk terowong di rumahnya yang ditutup dengan batu bata dan kotoran tebal.

Dia dan anak perempuannya mengambil masa dua tahun untuk menggali laluan rahsia itu.

Dalam satu video yang tular di media sosial China, terowong lama itu kelihatan rumit dan berliku malah hanya seorang yang dapat melalui laluan paling sempit.

Menurut jabatan peninggalan budaya tempatan, terowong itu dibina pada zaman Dinasti Song dan berusia sekurang-kurangnya 1,000 tahun.

Ia mungkin digunakan sebagai pintu kecemasan untuk menyimpan makanan dan bersembunyi daripada serangan musuh.

“Saya menggali terowong ini untuk mengingatkan keturunan kita mengenai kebijaksanaan masyarakat terdahulu,” kata Jia.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply