Seorang Lelaki Meninggal Dunia Di Hadapan Bank.

| February 1, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Di Hadapan Bank. | Kuching: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas pengsan di hadapan jalan masuk ke sebuah bank di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada hari ini.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 10.59 pagi.

“Sepasukan anggota kemudiannya ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring dan diselimuti kain putih.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 78 tahun itu terkena serangan jantung sebelum rebah dan pengsan.

Awang Din berkata, mayatnya dihantar ke HUS menggunakan ambulans untuk tindakan selanjut.

Menurutnya, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan masih dalam siasatan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *