Letak Tong Sampah Tengah Jalan, Rupa-Rupanya Ini Taktik Jahat Terbaru. | Pulang lewat malam kerana tuntutan kerja membuatkan ramai perlu peka dan lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling.
Lebih-lebih lagi jika suasana kawasan perumahan agak sunyi dan menyeramkan.
Tidak dinafikan, kawasan sunyi dan gelap sering menjadi port jenayah rompak atau samun jalanan.
Malah, semua kes itu tidak boleh dipandang remeh terutamanya mereka yang pulang lewat malam.
Barangkali perkongsian seorang wanita, Izzy Boyle di akaun TikTok boleh dijadikan pengajaran buat semua khususnya golongan wanita.
Mana tidaknya, pemilik akaun @izzyboyle berkongsi pengalaman menyeramkan apabila nyaris menjadi mangsa samun di kawasan kejiranannya pada jam kira-kira 2 pagi.
@izzyboylePLEASE BEWARE OF THIS NEW TACTIC‼️‼️ ##london ##saraheverard ##sabrinanessa ##staysafe ##stayalert♬ original sound – Izzy Boyle
Dalam video berdurasi 43 saat itu, wanita itu bercerita mengenai insiden yang tidak diingini yang berlaku di Peckham, London baru-baru ini.
Lapor dailystar.co.uk, wanita yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja itu sempat menceritakan taktik jahat individu tidak bertanggungjawab.
Hanya menggunakan tong sampah yang diletakkan di kawasan parking, ia rupa-rupanya sebagai perangkap untuk mengumpannya keluar dari kereta.
Pada mulanya, Boyle tidak merasakan apa-apa yang pelik dan menganggap tong sampah pelik yang diletakkan di parking kereta itu sebagai prank nakal.
Pun begitu, sebaik sahaja mahu keluar kereta untuk mengalihkan tong sampah tersebut, beliau menyedari ada individu yang datang secara tiba-tiba meluru ke arahnya.
Nasib baiklah wanita itu sempat bertindak dan melarikan diri ke dalam kereta.
Dalam video sama, Boyle juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati jika berseorangan dan jika berdepan insiden sama, jangan sesekali keluar kereta.
“Saya mahu semua lebih berwaspada, jika nampak ada tong sampah di tengah jalan, tolak saja menggunakan kereta atau biarkan asalkan jangan keluar seorang diri,” katanya.
Video yang menerima lebih 650,000 jumlah tontonan itu menarik perhatian ramai dan rata-rata yang mengikuti perkongsian tersebut turut melahirkan rasa cuak.
Nasib baik awak selamat!
Pernah juga berdepan dengan insiden seorang lelaki terbaring di tengah jalan.
Mungkin taktik mahu merompak dan membawa lari kereta.
Meskipun terdapat komen kecaman dan mempertikaikan kenapa perlu pulang lewat malam, wanita tersebut turut menjelaskan dalam komen.
Kalau boleh, jangan keluar lewat malam ya semata-mata mahu mengisi perut.
Bagi mereka yang bekerja syif, pulang lewat malam memang tidak boleh dielakkan.
Apapun, mengambil iktibar daripada kisah wanita itu, kita perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya insiden tidak diingini. #kitajagakita #kitalaluibersama
Sumber: Sinar Plus , @izzyboyle