Gambar sup perut yang dimuat naik seorang wanita menjadi tular apabila yang disangkakan lemak perut rupanya tahi lembu.
Daging lembu sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, tidak kira pada musim perayaan atau hari biasa.
Daging lembu dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan, khususnya sup tulang yang digemari ramai.
Bukan hanya daging, bahagian lain turut menjadi kegemaran ramai seperti perut, ekor, mata dan kaki.
Bagaimanapun, sesetengah bahagian memerlukan kepakaran bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sebelum dimasak.
Nasib malang menimpa seorang wanita yang membeli sup tulang apabila dia mendapati sup itu berbau busuk selepas dipanaskan.
Selepas diperiksa, boleh kembang tekak dibuatnya.
Perkongsian dibuat oleh Annisa Fakrulradzi di Facebook “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official”.
“Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai itu ramai orang kata sedap.
“Jadi kita pun terliur cubalah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
“Masa nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada dua ketul perut bulat penuh tahi.
“Telefon peniaga itu,dia kata lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan tahi,” katanya dalam perkongsian di FB tersebut.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di FB, dia menzahirkan rasa kecewa kepada warga “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official”.
“Bungkus dan hantar semula ke peniaga tu..suruh dia makan depan-depan. Bagitahu dia kan sedap dah panaskan pun sup tu,” kata Azila Mohd Kasim.
“Nauzubillahiminzalik. Menganiaya orang betullah,” kata Ummi Yahaya.
Itu antara komen-komen yang diutarakan warga kumpulan itu di Facebook tersebut.
Sumber: Siakap Keli