Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Luahan Tun Mahathir Selepas 18 Hari Jadi PM Kali Kedua. SEBAK. | Hari ni wartawan sempat menemuramah Tun Mahathir yang kini semakin sibuk dengan tugas negara. Wartawan jadi sebak bila Tun Mahathir beritahu bahawa…… Ikuti selanjutnya.

JADI PERDANA MENTERI KALI KEDUA LEBIH MENGGERUNKAN

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri buat kali kedua adalah ‘lebih menggerunkan’ berbanding kali pertama pada 1981, berikutan suasana berbeza yang membabitkan kerajaan gabungan baharu.

Luahan Tun Mahathir Selepas 18 Hari Jadi PM Kali Kedua. SEBAK.

Pada waktu itu, tegas Perdana Menteri, kerajaan berada dalam keadaan kukuh kerana tidak berlaku perubahan kepemimpinan, berbeza ketika ini.

“Sekarang, saya perlu mengisi Kabinet dan menstruktur semula kerajaan untuk memenuhi manifesto kami (Pakatan Harapan), ia juga perlu selari dengan apa yang dimahukan rakyat.

“Ia memang lebih sukar kali ini (berbanding 1981). Ini memang ‘menakutkan’. Saya perlu mendengar taklimat dan kemudian mengisi kekosongan jawatan oleh mereka yang tidak saya kenali.

“Semuanya mengambil masa yang panjang (untuk membentuk kerajaan). Saya tidak pasti mengenai ketentuan, namun nampaknya saya ‘terpaksa’ kembali berkhidmat. Ini mungkin takdirnya, namun saya ada tugas perlu dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge yang disiarkan dalam keluaran terbarunya.

CABARAN KINI

Dr Mahathir berkata, banyak pihak tidak berpuas hati dengan pentadbiran terdahulu dan berpandangan wujud pelbagai kepincangan dari segi pelaksanaan.

“Kita perlu membongkar segala apa yang tidak betul. Kita juga mempunyai pegawai yang berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini.

Luahan Tun Mahathir Selepas 18 Hari Jadi PM Kali Kedua. SEBAK.

“Ada antara mereka berperanan secara langsung pada kempen pilihan raya umum lalu dan kita tidak pasti apakah mereka ini setia kepada parti politik atau negara.

“Saya berkhidmat dalam suasana tidak menentu. Saya perlu bekerja bersama struktur kerajaan sedia ada yang ‘dirosakkan’ pentadbiran terdahulu.

“Tugas (sebagai Perdana Menteri) lebih sukar sekarang (berbanding 1981),” katanya.

Ketika melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003, Dr Mahathir menyangka persaraan akan membolehkannya berehat dengan aman.

“Bagaimanapun, belum sampai seminggu saya menikmati ketenangan, ada yang datang berjumpa dan meminta saya memberi nasihat kepada kerajaan (pimpinan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Anda sendiri tahu Abdullah melepaskan jawatan tidak lama kemudian kerana tidak mampu memberi yang terbaik.

“Beliau (Abdullah) mencapai kejayaan terbaik (Barisan Nasional) pada pilihan raya umum pertamanya dan umum meletak harapan tinggi untuk beliau memimpin negara dengan cemerlang, tetapi keadaan menjadi sebaliknya antara 2004 hingga 2008 sebelum beliau berundur,” katanya.

Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei lalu manakala Timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini memegang jawatan berkenaan, pada 21 Mei.

DUA DALAM SATU . TAPI MASIH EFISEN.

Ditanya sejauh mana proses ‘pembersihan kerajaan’ akan menjejaskan operasi, Dr Mahathir menegaskan, perjalanan pentadbiran tidak terganggu.

“Kita akan berhati-hati dalam berbelanja. Segala-galanya akan dilakukan dalam lingkungan pendapatan dan pendapatan kita agak besar ketika ini.

“Kita bernasib baik kerana harga minyak semakin meningkat. Ketika saya menjadi Perdana Menteri dulu, harga minyak ialah AS$30 satu tong, namun kita tidak menanggung beban hutan yang melampau. Semuanya bergantung kepada cara kita berbelanja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply