Makanan RMT Hanya Nasi Putih Dan Kuah, Ini Respon Radzi Jidin | Baru-baru ini, tular satu hantaran Facebook seorang pelajar menerima hanya sebungkus nasi putih dan kuah sahaja sebagai makanan dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari pihak sekolah.
Rata-rata orang ramai dan juga ibu bapa turut tidak berpuas hati dan mempersoalkan peruntukan RMT yang diberikan oleh kerajaan.
Sejurus penularan isu tersebut, Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin memuat naik satu hantaran di laman Facebook rasminya dan memklumkan yang pihak KPM akan memandang serius terhadap perkara tersebut.
Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.
KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.
Selain itu, beliau juga turut mengatakan tidak akan berkompromi dalam hal kebajikan murid.
Sumber : Facebook Dr Radzi Jidin