Malaysia Bakal Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Oleh Pakar Tempatan

| October 7, 2021 | 0 Comments

Malaysia Bakal Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Oleh Pakar Tempatan | Malaysia dijangka akan mengeluarkan Vaksin Covid-19 yang pertama serta ia dikatakan telah dibangunkan 100 peratus oleh pakar tempatan menerusi laporan Sinar Harian, baru-baru ini.

Malaysia Bakal Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Oleh Pakar Tempatan

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, penyelidikan vaksin itu dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) membabitkan dua teknologi vaksin iaitu virus ternyahaktif (inactivated virus) dan jujukan genetik pengutus (mRNA).

Jelasnya lagi bahawa vaksin di IMR dibangunkan secara 100 peratus pakar tempatan iaitu penyelidik di IMR, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Veterinar (VRI).

Beliau menjawab soalan tersebut selepas menjawab pertanyaan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang meminta kementeriannya memaklumkan perkembangan semasa pembangunan vaksin Covid-19 pertama negara yang dimulakan sejak November tahun lepas.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Aaron berkata bahawa status terkini pembangunan vaksin Covid-19 di IMR adalah vaksin virus ternyahaktif telah berada di tahap penyahaktifan virus dan vaksin mRNA sedang menjalani proses ‘in vitro transcription’.

Jelasnya lagi, penghasilan vaksin Covid-19 ini akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sebelum vaksin tersebut dapat digunakan di negara ini.

Difahamkan bahawa penyelidikan vaksin ini merupakan bidang baharu yang diceburi dan boleh digunakan oleh rakyat selepas keputusan kajian praklinikal (haiwan) dan kajian klinikal (manusia) menunjukkan ia selamat dan berkesan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *