Mandi Lumpur Di TikTok Untuk Duit | Polis Nusa Tenggara Barat (NTB) menyiasat pemilik akaun TikTok yang memaparkan video wanita dipercayai berstatus ibu dan nenek yang mandi air lumpur.

POLIS melakukan siasatan di lokasi dijadikan tempat untuk video mandi lumpur itu.

Berdasarkan semakan Kompas, kira-kira 30 video seumpamanya dengan menampilkan individu berbeza disiarkan di media sosial itu.

Jurucakap polis NTB, Artanto berkata, pemilik akaun itu berasal dari Desa Setanggor, Praya Barat, Lombok Tengah.

Beliau berkata bahawa pada Selasa, 17 Januari 2023, anggota Subdit Siber melakukan profiling dan menemukan pemilik akun TikTok @intan_komalasari92 itu berada di Desa Setanggor, Kecamatan Praya Barat, Kabupaten Lombok Tengah.

Artanto berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap pemilik akun TikTok dan beberapa nenek yang tampil dalam video mandi lumpur itu.

Beliau turut menjelaskan pihaknya sudah mengenal pasti orang yang pernah tampil dalam penstriman langsung di akaun TikTok.

Selain itu katanya, pemilik akaun TikTok itu adalah suami isteri.

Beliau juga berkata, beberapa orang yang tampil dalam (TikTok) Live itu memiliki hubungan keluarga dengan pemilik akaun.

Selain itu, ada beberapa jiran pemilik akaun juga tampil dalam (TikTok) Live berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan individu berkenaan tampil secara sukarela di dalam penstriman langsung itu.

Katanya bahawa ia bagi mendapatkan sejumlah wang daripada gift yang diberikan pengguna TikTok.

Sebelum ini, video memaparkan wanita berusia di TikTok Live yang akan menyiram badan mereka setiap kali pengguna TikTok memberikan hadiah.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Doktor Dikecam Buat Siaran Langsung TikTok Ketika Pembedahan

Doktor Dikecam Buat Siaran Langsung TikTok Ketika Pembedahan | Laman berita Thaiger, semalam melaporkan bahawa seorang doktor di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen selepas membuat siaran langsung menggunakan laman TikTok ketika melakukan pembedahan di sebuah dewan bedah.

Seorang pengguna merakaman siaran langsung itu dan muat naikdi Twitter dengan keterangan iaitu Seminit lalu, seorang doktor menyiarkan siaran langsung semasa menguruskan pesakit di TikTok dan dengan persoalan bahawa tindakan ini sesuai atau tidak.

Beberapa pengguna mendedahkan bahawa mereka pernah melihat video perubatan secara langsung sebelum ini tetapi ia disiarkan oleh klinik kecantikan dan pusat pembedahan kosmetik.

Pengguna lain berkata, video seperti itu boleh diterima kerana pesakit bersetuju dipaparkan dalam video untuk mendapat diskaun dan membuat rumusan.

Bagaimanapun, tangkap layar siaran langsung tersebut menunjukkan bahawa pembedahan itu dijalankan pada pukul 3 pagi (waktu tempatan). Netizen membuat spekulasi bahawa ia merupakan operasi kecemasan.

Saluran televisyen Amarin TV melaporkan, doktor itu kemudian memohon maaf atas tindakannya di ruangan komen dalam video tersebut.

Doktor tersebut menyatakan bahawa beliau ingin memohon maaf kerana membuat siaran langsung pembedahan kerana menyangka wajah pesakit dan proses pembedahan tidak ditayangkan dalam video.

Beliau juga menyatakan bahawa ia adalah silap beliau. Beliau memohon maaf kepada semua orang atas perkara ini. Identiti doktor berkenaan dan akaun TikToknya belum dilaporkan.

Ittaporn Kanacharoen, Setiausaha Tetap Majlis Perubatan Thailand memaklumkan di Facebook bahawa badan tersebut sedia maklum berhubung isu itu. Beliau berkata, pegawainya akan menyiasat kes itu dan menghukum doktor tersebut mengikut Akta Profesion Perubatan.

Ittiporn juga menggesa netizen berkongsi maklumat mengenai doktor itu melalui Facebook.

Sumber: Kosmo

Kena Kecam Di TikTok, Ibu Anak Tiga Ditemui Mati

Seorang pemilik akaun TikTok popular ditemui mati di rumahnya di Subang Jaya, Selangor pagi semalam, selepas menerima komen kebencian bertubi-tubi di akaunnya yang diikuti ramai.

Kena Kecam Di TikTok, Ibu Anak Tiga Ditemui Mati

Ibu kepada tiga anak, Shashikala Nadarajah, 44, dilaporkan “dibuli secara siber” berhubung penampilan dan koleksi beg tangannya, di akaun media sosial, lapor Sinar Daily.

Polis berkata punca kematian sedang menunggu bedah siasat, yang dijadualkan berlangsung di Hospital Universiti hari ini.

Menurut seorang lagi pemilik akaun TikTok yang popular Rose Veronica, anak-anak Shashikala memberitahunya ibu mereka tidak boleh bertolak ansur dengan komen negatif di TikToknya, lapor Sinar Daily.

Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok dan dia sering berkongsi pandangannya tentang pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara mengekalkan penjagaan beg tangan mewah.

Videonya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Tamil.

Video terakhirnya tiga hari lalu, mengenai dia memulakan persekolahan di rumah untuk tiga anak perempuannya menggunakan sukatan pelajaran Sijil Am Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE).

Ucapan takziah memenuhi ruangan komen pada video Shashikala, dengan ramai yang menasihati mereka yang tidak dapat menangani komen negatif supaya menjauhi media sosial.

“Hatiku remuk dengan berita itu. Kami fikir anda seorang yang sangat kuat dan berani.

“Damailah engkau di sana. Saya kehilangan kata-kata. Sangat sedih,” kata seorang pengguna.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih

Hotline: 15999

The Befrienders

Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia

Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia

Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga telah menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.

Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari 8 pagi ke 5 petang.

Sumber : MalaysiaKini

Share.

Leave A Reply