Masjid Agung Natuna Mirip Taj Mahal, Lambang Kebanggaan Indonesia| Khalifah Media Networks – Masjid Agung Natuna di Kepulauan Riau, Indonesia mirip Taj Mahal menjadi kebanggaan buat rakyat di Indonesia. Baca selanjutnya.

NATUNA: Sebuah masjid di daerah Natuna di Kepulauan Riau mendapat julukan Taj Mahal Indonesia kerana mempunyai landskap dan reka bentuk seakan-akan mercu tanda ikonik dunia itu.
Lapor CNN Indonesia, Masjid Agung Natuna dibina atas kawasan berkeluasan 15,500 meter persegi turut menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Natuna.
Berdasarkan penulisan karya Julie Kendall dan Edi Sutrisno dalam buku berjudul ’11 Fakta Masjid Agung Natuna’. Masjid itu menjadi satu daripada mercu tanda paling penting di Indonesia.
Arkitek masjid tersebut, Both Sudargo memaklumkan, reka bentuk masjid berkenaan diinspirasikan daripada struktur Taj Mahal berserta landskap sungai dan empat tiang di sekelilingnya.
Selain itu, masjid itu juga mempunyai ciri-ciri struktur Masjid Nabawi di Madinah dan masjid Cordoba di Sepanyol.
Masjid Agung Natuna dilengkapi dengan 20 pintu yang diletakkan di pelbagai arah untuk kemudahan pengunjung keluar dan masuk.
Selain itu, masjid tersebut mempunyai beduk yang disifatkan terpanjang di Indonesia dan pembuatnya mengambil masa sehingga lapan bulan untuk menyiapkannya.
Sumber: Utusan
Penulis Buku Ditahan Hina Nabi Muhammad Di Facebook | Khalifah Media Networks – KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya.
Baca selanjutnya Di Sini..