VIDEO. Misteri Penemuan Lima Mayat Sekeluarga Dalam Rumah. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : INDRAMAYU, INDONESIA – Penduduk Kelurahan Paoman, Daerah Indramayu, Jawa Barat digemparkan dengan penemuan mayat lima sekeluarga yang ditanam di bahagian belakang rumah mereka, Isnin lalu.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai H Sahroni, 75; anaknya Budi, 45; menantu, Euis, 40; serta dua cucu mereka masing-masing berusia 6 dan 3 tahun.
Menurut laporan Kompas.com, kesemua mayat ditemukan dalam satu lubang yang sama sehingga membentuk busut tanah. Penemuan itu bermula selepas jiran mengesan bau busuk yang semakin kuat sejak Ahad lalu.
Rumah Terbiar, Dipenuhi Semak
Tinjauan di lokasi mendapati rumah dua tingkat berwarna merah jambu dan krim itu kelihatan tidak terurus, penuh debu serta dikelilingi semak-samun. Keadaannya membuatkan kediaman bernombor 52 itu seolah-olah rumah kosong.
Seorang penduduk, Tardiarto, 25, berkata berita penemuan mayat itu tular dalam kalangan orang kampung hingga menyebabkan ramai datang untuk melihat sendiri lokasi kejadian.
Bau Busuk Bongkar Rahsia
Seorang jiran, Sukarta, 50, memberitahu bahawa. Beliau mula mengesyaki sesuatu selepas tercium bau busuk pada Ahad. Pada awalnya, dia menyangka bau itu datang daripada bangkai tikus. Namun, apabila bau semakin menyengat hingga ke bengkelnya pada keesokan harinya. Keluarga mangsa bertindak memecahkan pintu rumah sebelum menemui mayat di bahagian belakang.

“Kesemua mangsa adalah Sahroni, anaknya Budi, menantu Euis, serta dua cucu mereka. Isteri Sahroni sudah lama meninggal dunia,” katanya.
Polis Masih Siasat
Ketua Seksyen Hubungan Masyarakat, Polres Indramayu, AKP Tarno, mengesahkan penemuan mayat itu. Polis kini telah menemu bual lima saksi berhubung kejadian, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
Penemuan mengejutkan ini meninggalkan tanda tanya besar buat penduduk sekitar, yang menyifatkan rumah berkenaan kini menjadi saksi bisu tragedi memilukan.



