Peguam Wakili 5 Tertuduh Dibenar Masuk. Ini Puncanya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner membenarkan ibu dan bapa Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Serta lima pesalah kanak-kanak melalui peguam masing-masing sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian Zara Qairina.

Koroner Amir Shah Amir Hassan membenarkan permohonan kedua-dua ibu bapa arwah. Noraidah Lamat, 45, dan Mahathir Hashim @ Marikin, 44, menerusi peguam masing-masing pada prosiding permohonan pagi ini.
Pada prosiding hari ini. Noraidah diwakili peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan, selain Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Bapa arwah Zara Qairina pula diwakili peguam Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.
PEGUAM PESALAH TURUT JADI PIHAK BERKEPENTINGAN
Tiada sebarang bantahan terhadap permohonan kedua-dua pihak berkepentingan.
Sementara itu, Mahkamah Koroner menangguhkan sementara prosiding selama setengah jam hingga jam 10.30 pagi sebelum membuat keputusan berhubung permohonan peguam pesalah kanak-kanak dan pihak pemerhati.
Ketika prosiding bersambung. Koroner Amir Shah membacakan keputusannya membenarkan permohonan peguam mewakili lima remaja yang dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak atas kesalahan buli untuk menjadi pihak berkepentingan.
Baca Juga : Mahkamah Tinggi Batal Keputusan Koroner Dlm Kes Zara Qairina, Kenapa Jadi Mcm Ni?

Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili seorang daripada lima pesalah kanak-kanak terbabit, manakala empat lagi diwakili peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah.
BANTAHAN PEGUAM KELUARGA ZARA
Ketika prosiding, peguam mewakili ibu arwah dan SLS membantah. Permohonan peguam pesalah kanak-kanak untuk menjadi pihak berkepentingan. Kerana berdepan pertuduhan di Mahkamah Kanak-Kanak, manakala tiada bantahan daripada peguam bapa arwah.
Dalam hujahnya, Ram Singh menjelaskan mereka perlu dibenarkan sebagai pihak berkepentingan untuk melindungi kepentingan kanak-kanak yang diwakili mereka.
Mahkamah Koroner turut membenarkan. Permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan wakil dari Kementerian Pendidikan (KPM) untuk sebagai pemerhati dalam prosiding inkues.
Barisan peguam SLS terdiri daripada presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin, Jamadi Saleh, Dominic Ghani dan Nabila Norsahar, manakala KPM diwakili Dr Norahimah Fitri.
Sementara itu, Pegawai Pengendali yang diketuai Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Nahra Dollah. Memaklumkan lawatan tapak kejadian akan dibuat minggu depan dan diputuskan pada jam 9.30 pagi, 11 September 2025.
Pendengaran inkues bermula jam 2 petang nanti. Akan dimulakan Pakar Patologi dari Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu sebagai saksi pertama.
Sumber : BH



