Masjid Diconteng Grafiti Hina Islam Dan Nabi Muhammad, Tanda Islamphobia Semakin Meruncing Di Perancis | Dinding sebuah masjid di Perancis telah dicemari kegiatan tidak bermoral iaitu vandalisme selepas dilaporkan ia telah diconteng dengan perkataan-perkataan yang menghina agama suci Islam serta Nabi Muhammad S.A.W dan dilaporkan grafiti turut diconteng di beberapa pusat budaya Islam di bandar Rennes, di sini, baru-baru ini.
Kementerian Dalam Negeri Perancis, Gerald Dermain dalam satu laporan mengatakan beliau kini sedang menggesa agar pasukan penyelamat negra itu. Meningkatkan kawalan keselamatan ke atas masjid serta penduduk-penduduk yang beragama Islam di sini. Kerana insiden ini semestinya telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan mereka.
Beliau yang turut mengutuk tindakan tersebut serta menzahirkan solidariti terhadap 5.7 juta penduduk Perancis yang beragama Islam. Selepas dilaporkan kejadian tersebut berlaku menjelang sambutan bulan Ramadhan yang mulia.
Tambah beliau, kejadian ini terjadi selepas berlaku beberapa serangan ke atas masjid lain beberapa hari lepas dipercayai di wilayah barat Perancis. Setelah rakyat di negara tersebut terus-menerus menunjukkan ‘Islamphobia’ mereka terhadap pengganut agama Islam yang tinggal di negara tersebut.
Beliau dalam satu laporan juga turut menggambarkan seni grafiti yang menghina agama Islam di masjid serta pusat budaya adalah sangat tidak wajar. Dan dia turut mengarahkan agar pihak pendakwa raya membuka kertas siasatan. Supaya pihak berkuasa dapat menyiasat serta mencari si pelaku yang telah mencemarkan masjid dan pusat budaya di kawasan tersebut.
Dilaporkan seorang pengasuh yang juga merupakan anggota komuniti Muslim tempatan di bandar Rennes telah menemui garfiti tersebut di sebuah dinding masjid. Serta pusat kebudayaan berdekatan kira-kira awal pagi waktu tempatan. Grafiti tersebut dikatakan telah dilengkapi hashtag yang berbaur ‘Islamphobia’ serta berunsur menghasut. Untuk memulakan perang salib dan seruan agar agama Katolik dijadikan agama rasmi negara tersebut.
Pada Jumaat lalu, seorang fahaman Neo-Nazi berusia 24 tahun telah didakwa polis. Selepas dipercayai membuat ugutan terhadap sebuah masjid di Le-Mans yang juga berada di wilayah barat Perancis. Umat Islam yang berada di negara tersebut turut menyatakan. Bahawa pengisytiharan seseorang ahli politik tertentu juga telah menjadi punca ‘Islamphobia’ di sini semakin meruncing.
Sumber: Utusan Malaysia