Masjidil Haram Dan Nabawi Dibenarkan Untuk Solat Dengan Kapasiti Penuh | Berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia selepas kedua-dua masjid utama umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dilaporkan bakal membenarkan untuk berjemaah dengan kapasiti penuh, baru-baru ini.

Masjidil Haram Dan Nabawi Dibenarkan Untuk Solat Dengan Kapasiti Penuh

Menurut laporan Bernama, berikut merupakan enam  perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

Melalui posting tersebut, kementerian tersebut menyatakan bahawa pekerja serta pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna.

Kementerian juga dilaporkan akan memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Walaubagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran tersebut dikhabarkan akan diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Menurut kementerian terbabit lagi, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing.

Sumber: Bernama 

Share.

Leave A Reply