Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Mayat Seorang Pesara Ditemui Di Rumah Sewanya.| Bukit Mertajam: Misteri kehilangan seorang pesara lelaki terungkai apabila mayatnya ditemui dalam rumah disewanya di Taman Impian Alma, di sini, malam tadi.

Mayat Seow Ching Yee,49 ditemui tuan rumah berkenaan pada jam 9.21 malam selepas dia mendapat panggilan dari jiran lelaki terbabit yang menyatakan terdapat individu mencari mangsa namun kelibatnya tiada selain tidak nampak penyewanya keluar beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata tuan rumah berusia 50 tahun itu kemudian bergegas ke kediaman disewa kepada lelaki terbabit untuk pemeriksaan.

“Apabila sampai di sana didapati pintu pagar rumah tidak berkunci lalu dia masuk ke dalam kawasan rumah sebelum melihat pintu jeriji berkunci.

“Dia seterusnya cuba menolak pintu yang tidak berkunci dan melihat terdapat air di lantai rumah serta terhidu bau kurang enak.

“Anggota bomba ke tempat kejadian untuk membuka pintu jeriji yang berkunci sebelum pemeriksaan lanjut menemui mayat seorang lelaki dan diserahkan kepada polis untuk siasatan seterusnya” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shafee berkata, temubual dijalankan ke atas tuan rumah itu mendapati mangsa menyewa kediaman berkenaan sejak dua tahun lalu.

“Dia tinggal berseorangan dan tiada waris bahkan tidak ada apa-apa maklumat berhubung keluarga terdekatnya.

“Petugas perubatan yang berada di lokasi mengesahkan bahawa mangsa sudah meninggal dunia lebih tiga hari lalu dan pemeriksaan tubuh mangsa berada dalam keadaan sempurna serta tiada kesan menunjukkan bahawa ia perbuatan jenayah,” katanya.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Metro

Share.

Leave A Reply