Mayat Seorang Warga Emas Ditemui Dalam But Kereta.

| January 6, 2021 | 0 Comments

Mayat Seorang Warga Emas Ditemui Dalam But Kereta. | Puchong: Mayat lelaki warga emas dipercayai dibunuh ditemukan dalam but sebuah kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lelaki warga emas berkenaan dipercayai warga tempatan berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu.

Terdahulu, polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengumpil but kereta dipercayai tempat mayat dijumpai.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *