Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Longkang Bersama Basikal.

| August 4, 2020 | 0 Comments

Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Longkang Bersama Basikal. | BATU PAHAT – Seorang warga emas ditemui mati dalam sebuah longkang di Jalan Mohd Akil di sini pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 60-an itu ditemui bersama sebuah basikal dalam longkang berkenaan.

Mayat Wargaemas

Menurut komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur, mayat lelaki berkenaan ditemui dalam parit pada kedalaman kira-kira 1.5 meter.

“Operasi mengangkat mayat tersebut menggunakan strecher dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Maklumat lengkap mangsa tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi berkenaan ditamatkan pada jam 5.40 pagi.

Sumber : SH

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *