Letupan Misteri Di Lubnan. Netizen Kongsi VIDEO NGERI | Beberapa jam lalu dunia gempar dengan tersebarnya beberapa video ngeri tentang letupan misteri di Lubnan. Baca selanjutnya.

Seperti Letupan Bom Atom

Satu letupan telah mengegarkan pusat bandar Beirut, Lubnan hari ini telah memusnahkan beberapa bangunan yang berada di sekitar bandar negara tersebut.

Walaubagaimanapun, punca letupan yang berlaku di ibu negara Lubnan masih tidak jelas. Menurut saksi kejadian, hampir ratusan orang mengalami kecederaan dan menyebabkan keadaan hospital setakat ini sesak dengan mangsa letupan.

Anggota penyelamat dan orang ramai khuatir dengan mangsa yang masih terperangkap di bawah timbunan bangunan yang runtuh tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan Lubnan berkata sebuah kapal yang dipercayai membawa bunga api meletup di pelabuhan, walaupun ukuran letupan yang didengar di seluruh negara tersebut menimbulkan kecurigaan di mana mungkin disebabkan oleh serangan roket atau peledakan bahan mudah terbakar. Perbuatan tersebut diklasifikasikan sebagai sengaja atau sebaliknya.

Tambahnya lagi, berpuluh-puluh mangsa cedera tetapi maklumat lanjut mengenai korban masih tidak dikenalpasti.

Gambar-gambar kejadian ini mula dikongsikan di media sosial menunjukkan keadaan terkini di kawasan letupan tersebut.

Sumber: Siakapkeli

Share.

Leave A Reply