Letupan Lubnan. Ini Komen Trump Yang Mengejutkan Ramai | Susulan letupan dasyat di Lubnan, ini komen Trump yang mengejutkan ramai selepas melihat video letupan tersebut. Baca selanjutnya.

Ianya Seperti Serangan Bom

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donal Trump menyifatkan letupan kuat yang menggegarkan ibu kota Lubnan, Beirut seakan ‘serangan yang mengerikan’.

Beliau berkata, negara itu mempunyai hubungan sangat baik dengan rakyat Lubnan dan akan memberi bantuan.

“Ia kelihatan seperti serangan yang mengerikan,” kata Trump pada media di Rumah Putih.

Dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 27 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera.

Akibat daripada letupan yang dipercayai berlaku di pelabuhan itu, beberapa bangunan di sekitar kawasan tersebut termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri yang dilihat musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang waktu tempatan, letupan itu bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu dan kepulan asap hitam tebal dapat dilihat sejauh kira-kira 10 kilometer.

Terdapat juga rakaman dari pelabuhan menunjukkan kerosakan besar pada bangunan dan kereta, serta orang yang cedera dalam letupan itu.

Bagaimanapun, jumlah kematian dan punca letupan masih belum dapat dikenal pasti. – AFP

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply