Bapa Selamatkan Anak Ketika Letupan Lubnan. Ada VIDEO. | Tindakan seorang bapa selamatkan anak dia ketika letupan berlaku buat ramai terharu. Jom saksikan video. Allahu.

Gegaran Terasa Sehingga Radius 30KM

Sekurang-kurangnya 73 maut dan ribuan lagi cedera dalam letupan kilang ammonia di Beirut, Lubnan. Manakala gegaran “shockwave” dapat dirasai sejauh 30KM dari kilang ammonia tersebut.

Bapa Selamatkan Anak Letupan Lubnan

Ketika banyak video tentang letupan viral di media sosial, ada satu video yang buat ramai terharu. Video seorang bapa yang selamatkan anaknya dalam rumah ketika letupan berlaku.

Waktu tu, si anak mahupun si bapa dalam keadaan terpinga apabila gegaran dirasai dan bunyi letupan kuat bergema. Kemungkinan yang dirasakan gempa bumi telah berlaku, ataupun serangan tentera berlaku dan tidak terlalu keterlaluan jika dalam benak mereka, kiamat telah berlaku. Allahu.

Boleh lihat rakaman video di bawah ini.

Kira-kira 73 individu dilaporkan terbunuh, manakala 3,000 lagi cedera dalam tragedi letupan di Beirut, Lubnan semalam, memetik laporan BERNAMA TV..

Letupan besar itu dipercayai berlaku di kawasan berdekatan pelabuhan bandar tersebut.

Sementara itu, menurut laporan AFP menerusi The Guardian, punca letupan dipercayai berkemungkinan akibat kebakaran yang terjadi di sebuah gudang yang menyimpan beratus-ratus tan ammonium nitrat.

Tambah laporan itu lagi, askar-askar sudah mengepung kawasan tersebut yang kini sudah dipenuhi kaca serta batu-batu runtuhan bangunan.

Sumber: Khalifah Media Networks

Share.

Leave A Reply