PERLAWANAN bola sepak antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Takzim (JDT) yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur menyaksikan skuad Harimau Selatan berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dengan jaringan 3-0 dalam aksi Liga Super pada Rabu.
Membariskan pasukan terkuat, skuad Harimau Selatan yang dipimpin Estaban Solari tidak berhadapan masalah menguasai perlawanan walaupun beraksi dalam keadaan hujan renyai dan padang basah.
Malah, JDT tidak menunjukkan belas ihsan apabila terus melancarkan serangan bertali arus sebaik perlawanan bermula, sekali gus memaksa skuad pimpinan Bojan Hodak berkampung di kawasan sendiri.
Tiga gol tersebut dijaringkan oleh jaringan sendiri Romel Morales pada minit ke-41, manakala dua lagi hasil tandukan dan tampanan deras oleh Endrick dos Santos dan Arif Aiman.
Namun, kekalahan skuad ‘The City Boys’ itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong ‘casual’ yang hadir ke stadium.
Sebaik permainan tamat, sebahagian penyokong terbabit bertindak melempar batu dan kayu pada cermin bas yang membawa penyokong pelawat semasa dalam perjalanan keluar daripada pekarangan stadium.
View this post on Instagram
Beberapa penyokong JDT mendakwa bas mereka dibaling oleh kumpulan penyokong tuan rumah yang digelar casual ekoran tidak berpuas hati tewas di laman sendiri.
Selain itu, peminat yang berada di dalam stadium terlebih dahulu dibaling dengan pelbagai objek seperti botol air dan juga bekas makanan.
Untuk rekod, gelaran penyokong casual digunakan bagi menggambarkan penyokong biasa yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak tanpa dipengaruhi sentimen fanatik.
Kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku dalam saingan Liga Malaysia apabila tahun lalu penyokong Selangor turut mengalami nasib sama selepas aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Terengganu.
Difahamkan, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan atau sebarang tindakan yang dikenakan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian yang berlaku itu.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: 100 Pelajar Perempuan Dimasukkan Ke Hospital Akibat Serangan Gas
Lebih 100 pelajar dimasukkan ke hospital di Iran selepas apa yang disyaki serangan gas di beberapa sekolah perempuan pada Rabu, lapor media tempatan.
Sekurang-kurangnya 10 sekolah perempuan menjadi sasaran dalam serangan terbaharu itu.
Tujuh daripadanya berlaku di bandar Ardabil di barat laut Iran dan tiga lagi di sini, lapor media.
Insiden di Ardabil memaksa 108 pelajar dimasukkan ke hospital dan kesemuanya berada dalam keadaan stabil, kata agensi berita Tasnim, yang turut melaporkan insiden keracunan di tiga sekolah di Tehran.
Memetik kenyataan ibu bapa, agensi berita Fars melaporkan, pelajar di sebuah sekolah menengah di kejiranan barat ibu kota Tehransar terdedah kepada semburan toksik, namun tidak menjelaskannya secara terperinci.
Pasukan keselamatan menahan tiga individu dalam tangkapan pertama yang dilaporkan berhubung gelombang serangan disyaki berlaku di sekolah perempuan.
Sejak tercetusnya keracunan misteri pada November, hampir 1,200 pelajar dimasukkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas, kata seorang ahli parlimen pada Rabu.
Jurucakap Jawatankuasa Kesihatan Parlimen, Zahra Sheikhi berkata, hampir 800 mangsa di Qom dekat selayan Tehran, dan 400 lagi di bandar barat Borujerd.
Ujian kementerian kesihatan terhadap bahan ditemukan di sekolah di Qom mengesan kesan nitrogen, yang digunakan terutamanya dalam baja, kata laman web parlimen.
Sumber: KMN