Misi Bantuan P4lestln, Ebit Lew Selamat Tiba Di Mesir | Seorang pendakwah serta aktivis terkenal tanah air, Ebit Lew kini dalam misi kemanusiaan ke negara P4lestln bagi memberi bantuan dikhabarkan telah selamat tiba di Mesir selepas misi tersebut dijangka akan bermula pada Selasa hingga 30 Mei.

Misi Bantuan P4lestln, Ebit Lew Selamat Tiba Ke Mesir

Misi Bantuan P4lestln, Ebit Lew Selamat Tiba Ke Mesir

Menurut kenyataan melalui akaun Facebook rasmi miliknya, ketibaan tersebut telah disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan badan bukan kerajaan (NGO) United Kingdom (UK) yang terkenal dalam memberi bantuan di Gaza.

Jelasnya lagi dalam satu ciapan yang dimuatnaik, beliau berasa bersyukur kepada Allah SWT kerana ketibaanya telah disambut baik oleh kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu Gaza manakala beliau turut memaklumkan akan segera menguruskan dan membeli barang perubatan serta segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza.

Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, terpaksa melalui proses di Mesir bagi melalui sempadan Rafah iaitu merupakan satu-satunya laluan terus ke Gaza. Beliau turut menzahirkan rasa syukur serta terharu kerana segala urusan misi bantuan kemanusiaan dilihat begitu dipermudahkan.

Ebit Lew juga turut menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Hishammuddin (Tun Hussein) dan Wisma Putra kerana memberi kelulusan perjalanan ke Mesir bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan namun ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurut penjelasan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, misi yang dilakukan merupakan inisiatif sendiri, namun delegasi Ebit Lew dinasihatkan sentiasa berhubung, bekerjasama dan mendengar arahan keselamatan daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Mesir bagi memastikan keselamatan beliau serta delegasi yang mengikuti misi terbabit terjamin sepanjang di perantauan.

Negara Islam khususnya Malaysia dilihat lantang menyuarakan pandangan mereka dalam memperjuangkan hak P4lestln khususnya kemuliaan tanah keagungan Islam, Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa susulan berlaku pencerobohan dan serangan rejim ZlonIs lsraeI terhadap rakyat P4lestln yang bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lalu diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza.

Serangan ZlonIs dikatakan telah mengorbankan hampir 232 penduduk P4lestln, termasuk 65 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,900 individu manakala 120,000 kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply