MyBrain 2.0: Permohonan 2024 & Semakan Syarat | MyBrain 2.0 adalah program yang membanggakan dengan peruntukan sekitar RM20 juta bagi setiap ambilan pelaksanaan. Program ini akan memberi peluang berharga kepada orang ramai yang ingin melanjutkan pengajian mereka.
KPT TERUSKAN PELAKSANAAN PROGRAM PENAJAAN MYBRAIN 2.0 – PERMOHONAN BERMULA JANUARI 2024
Baru-baru ini kerajaan telah umumkan akan lancar semula program MyBrain, kali ini disebut sebagai MyBrain 2.0. Program MyBrain 2.0 memperuntukkan RM20 juta bagi setiap ambilan dengan sasaran penerima seramai 500 orang setahun dalam bidang yang kompetitif.
Keputusan kerajaan untuk lancar semula program MyBrain agar dapat bantu pelajar khusus kepada yang kurang mampu untuk melanjutkan pengajian ke tahap lebih tinggi. Secara keseluruhan seramai 17,015 pelajar menerima tajaan sama ada dalam bentuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan kepada pelbagai kumpulan sasar bagi 2023.
Pengenalan MyBrain
Selepas dihentikan sekitar tujuh tahun lalu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan lancar semula program MyBrain15 tahun depan dengan nama lain iaitu MyBrain 2.0. MyBrain15 ialah program tajaan oleh kerajaan Malaysia untuk pengajian pasca siswazah seperti Sarjana & PhD yang telah berada di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Objektif program MyBrain15 adalah untuk target 60,000 pelajar PhD dalam kalangan warganegara Malaysia. Program MyMaster dan MyPhD wujud di bawah MyBrain15 dan turut serta pelajar Sarjana dan PhD di universiti awam (IPTA) dan institusi pendidikan swasta (IPTS). Program PhD Industri, MyMaster dan MyPhD dibuka kepada pensyarah atau staf sektor awam dan swasta yang ingin melanjutkan pelajaran.
Sementara itu, Mohamed Khaled turut memberi usul tentang kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar sedia ada dan baharu di bawah Program Penajaan KPT bagi peringkat sijil hingga pasca siswazah dalam dan luar negara. Ujarnya, 15 peratus kadar ESH turut serta pelajar sedia ada dan baharu luar negara seperti Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD di bawah Program MyBrainScience, kecuali Ijazah Pertama di UK.
Oleh itu, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenal dan laksana semula program biasiswa ini pada tahun 2024. Pengenalan semula program MyBrain 2.0 akan bantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk dapat tahap pendidikan yang lebih baik.
Objektif
- Membangunkan modal insan & pemerkasaan bakat berkemahiran tinggi dalam bidang penyelidikan
- Menyumbang kepada bakat graduan, kerjaya, pendapatan dan taraf hidup
- Meningkatkan visibiliti dan Penarafan Universiti Awam (UA) dan sektor pendidikan tinggi Malaysia
Pengukuhan & Penambahbaikan MyBrain 2024
- Memastikan pelajar tamat pengajian tepat pada masanya
- Pelajar boleh pilih tempat pendidikan di universiti awam & IPTS yang dipilih
- Elaun sara hidup RM1000 sebulan selama pendidikan berlaku
- Melalui tapisan kelayakan yang lebih ketat
- Sesi temuduga ialah wajib bagi pelajar baharu
Syarat Permohonan
Progam MyBrain 2.0 ini khusus untuk pengajian Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti awam dan institut swasta (IPTS) yang dipilih dalam negara dengan keutamaan diberi kepada bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Senarai Penerima MyBrain 2.0 :
- Sasaran 500 orang penerima setiap tahun.
- Orang awam yang tidak bekerja atau tiada kerja tetap.
- Pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Pada kali ini juga, setiap pemohon yang berada dalam senarai pendek akan ditemuduga untuk sahkan hanya calon yang layak sahaja diberi tajaan.
Permohonan MyBrain 2.0
Permohonan bagi tajaan MyBrain 2.0 ini akan dibuka pada bulan Januari 2024
Maklumat Lanjut
Untuk info lebih lanjut tentang program ini, anda boleh layari Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi supaya anda dapat info yang sahih dan tepat. Maklumat lanjut tentang program lain di dalam Belanjawan 2024, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sebarang info lanjut dari Kerajaan bersama kita nantikan dan kami akan berikan anda info penting dari masa ke semasa. Kenyataan media rasmi boleh dilihat di sini.
Diharapkan agar artikel ini memberi manfaat kepada insan yang layak. Sebarkan laporan atau info bantuan ini kepada sahabat, jiran atau orang lain yang anda rasa layak untuk terima bantuan ini. Beringatlah bahawa mereka juga salah seorang dari kita, tetapi perlu lebih banyak bantuan serta dorongan.
Seterusnya, anda juga boleh tengok info terkini yang tepat dari kami di sini.