Kerajaan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju bahawa negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022.
Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri dalam sidang media yang berlangsung sebentar tadi.
Menurut Perdana Menteri, ia adalah fasa peralihan untuk negera kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19 sejak 2019 lagi.
Jelasnya lagi, fasa ini adalah sementara sebelum negara ke fasa endemik sepenuhnya yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sumber : SK