Seringkali kita lihat warganet merungut mengenai sistem di Malaysia terlalu jauh ke belakang dari negara lain dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat beberapa perkara yang Malaysia perlu lakukan penambahbaikan agar lebih seiring dengan negara luar.

Negara Luar Lebih Maju Dari Malaysia? 9 Perkara Ini Malaysia 'Ranking' Pertama Di Dunia

Akan tetapi, bak kata pepatah “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Kemana pun kita merantau, sudah pasti kita akan lebih suka di negara sendiri. Baru-baru ini, tular satu ‘thread’ di Twitter mengenai 9 perkara yang Malaysia capai ‘ranking’ tempat pertama di dunia. Baca perkongsian tersebut di bawah :

1. Halal Hub

Malaysia memperoleh skor indeks Halal Food Indicator (HFI) dengan 209.8. Skor tersebut berdasarkan faktor seperti perdagangan produk makanan halal, peraturan, kesedaran awam dan juga harga produk. Dengan pencapaian ini, Malaysia mendahului UAE, Indonesia dan banyak negara lagi. Menariknya lagi. Malaysia adalah ranking yang pertama di dunia.

Image

2. Pengeksport sarung tangan

Adakah anda pernah dengan nama Top Glove?

Ya, Top Glove Corp ialah pembuat sarung tangan getah yang terbesar di dunia. Mereka membuat satu daripada setiap lima sarung tangan di dunia dan Malaysia merupakan ranking yang pertama di dunia dalam pengeksport sarung tangan.

Image

3. Pengeluar Minyak Sawit

Kedudukan Dunia : No. 2

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terkemuka di seluruh dunia. Minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia & menyumbang 2.7 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Image

4. Usia Hutan Hujan

Kedudukan Dunia : No. 2.

Hutan hujan Malaysia berusia kira-kira 140 juta tahun. Ia lebih tua daripada Amazon. Hutan hujan yang tertua ialah Daintree Rainforest di Australia, kira-kira 180 juta tahun.

Image

5. Pembekal Perkhidmatan Dron

Kedudukan Dunia : No. 1.

Aerodyne Group di Cyberjaya ialah sebuah syarikat teknologi global yang diasaskan di Malaysia yang menduudki tempat pertama oleh Drone Industry Insights of Germany.

Mereka menyediakan penyelesaian berasaskan dron untuk pelbagai industri di seluruh dunia.

Image

6. Bangunan tertinggi di dunia.

Kedudukan Dunia : No. 2.

Merdeka 118, atau Merdeka PNB 118, Menara Warisan Merdeka & KL 118 is a 118-story, 678.9 meter ketinggian megatall skyscraper in Kuala Lumpur, Malaysia.

Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia di selepas Burj Khalifa di Dubai.

Image

7. Menara berkembar tertinggi.

Kedudukan Dunia : No 1

Walaupun bukan lagi bangunan tertinggi di dunia, Menara Petronas 451.9m di Kuala Lumpur, kekal sebagai pasangan bangunan padanan tertinggi di dunia.

Image

8. Hotel Terbesar

Kedudukan Dunia : No 1

Hotel terbesar di dunia ini adalah hotel pertama di dunia yang mempunyai 7,350 bilik. Hotel tersebut berada di Genting Highlands, menjadikan hotel terbesar di dunia.

Image

9. Penerbit Al-Quran

Kedudukan Dunia : No 2

Nasyrul Quran di Putrajaya adalah pusat pengeluaran Al-Quran kedua terbesar di dunia. Kompleks ini adalah kompleks kedua terbesar selepas Kompleks King Fahd di Madinah.

Image

Sumber : Richard Ker

Share.

Leave A Reply