Bayi Diletakkan Dilantai Ketika Bapanya Isi Minyak. Buat Ramai TERSENTUH Dan PUJI.   | Tular satu video seorang bayi diletakkan di atas lantai ketika bapanya mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Video itu buat ramai tersentuh. Baca selanjutnya.

Di TikTok, video seorang bapa membawa dua orang anaknya ketika isi minyak telah mengundang simpati dan meraih pujian netizen.

Menerusi video berdurasi 0:11 saat, seorang pengguna stesen minyak sempat merakam momen di mana seorang ayah meninggalkan bayinya duduk bersila di lantai stesen tersebut.

Manakala, seorang lagi dibiarkan berada di atas motor. Turut mencuri tumpuan apabila motosikal yang digunakan itu dipenuhi barang keperluan kanak-kanak.

Menurut netizen, lelaki tersebut seorang ayah yang bagus kerana tidak membiarkan bayinya duduk di atas motosikal tatkala sedang memenuhkan tong putih yang dibawa untuk mengisi minyak.

Meskipun kelihatan serba kekurangan, lelaki tersebut dipuji kerana masih bertanggungjawab menyediakan keperluan untuk anak-anaknya.

@gurl177

Bukan senang nk sekarang #fyp

♬ original sound – SUERAYA EL – SUERAYA EL

Justeru itu, sebahagian besar netizen mendoakan semoga urusan anak beranak tersebut dipermudahkan.

“Positif la, ayah nya nak pegang tapi nak isi minyak. Nak letak atas moto lagi bahaya boleh jatuh. 🥰🥰🥰🥰 Kita doakan semoga mereka dipermudahkan urusan,” @Seyza.

“Hebat bapak dia beli pampers segala. Berjaya beli macam2. Ambik anak lagi. What a good father. He’s trying! Semoga Allah murahkan lagi rezeki,” @Nurul Farhana.

“Letak bawah kotor takpe. Jangan jatuh dapat sakit. Malu la ayahnya perasan dirakam. Moga dimurahkan rezeki dimudahkan urusan abang ni,” @user3803472939099.

“Tapi baby tu behave sangat. Kalau anak aku ni dia dah merangkak jauh dah isikan customer lain punya minyak😌,” @Aisyah Alrijal.

“Letak dekat bawah baby tu lagi selamat. Tak cukup tangan nak pegang nak isi minyak , InshaAllah fikir yg baik² saja untuk abang dan baby kecil ni,” @Ipocaro_nonie.

Sumber: Oh Bulan

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

 

Budak Dua Tahun Maut Akibat Strok Haba. Allahu kesiannya. | Seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun telah dilaporkan maut akibat strok haba setelah ditinggalkan hampir seharian di dalam sebuah van mini yang dimiliki oleh bapa mangsa itu.

 

Menurut daripada laporan yang diberi oleh Mirror UK dikatakan bahawa mangsa ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut selepas bapanya terlupa untuk menghantarnya ke sebuah taska yang berada di wilayah Osaka.

Bapa mangsa memberitahu pihak polis bahawa dia telah keluar dari rumah kira-kira jam 8 pagi pada hari Sabtu bersama tiga orang anaknya.

Kemudian, bapanya kembali semula ke sekolah di bandar Kishiwada pada jam 5 petang untuk menjemput anak-anaknya pulang.

Walau bagaimanapun, kehilangan salah seorang anaknya itu mula disedari oleh bapanya setelah kakitangan di taska memaklumkan bahawa gadis kecil itu tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Setelah mengetahui hal tersebut, bapanya menjadi panik dan mula mencari anaknya di dalam kenderaan miliknya dan telah mendapati bahawa anaknya sudah terbaring kaku.

Setelah itu mangsa telah dikejarkan ke hospital berdekatan dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa mangsa tersebut dipercayai ditinggalkan di dalam kereta selama hampir 9 jam.

Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih lagi dijalankan..

Untuk pesanan, pantau dan ingatlah jika ada anak kecil bersama kita. Mereka hanya seorang kanak-kanak yang tidak boleh berbuat apa-apa tanpa bantuan kita sebagai ibu bapa. Maka jagalah anak-anak kita dengan sebaiknya.

Share.

Leave A Reply