Netizen ‘Troll’ Pemilik Rumah Flat Kerana Ubah Suai Melampau. | Ubah suai melampau rumah pangsapuri Blok 4, Flat UTM, AU3/1, mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Menurut Laporan Sinar Harian, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terpaksa merobohkan binaan tambahan dan struktur binaan dibina pemilik kediaman di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 kerana tidak mendapat kelulusan.

MPAJ menerusi kenyataannya memaklumkan, tindakan mengubah suai rumah tanpa kelulusan mengikut Akta 133 dan Akta 757 bakal mendatangkan pelbagai risiko dan masalah kepada penduduk setempat.

“Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja,” kata MPAJ dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan sama, tindakan penguatkuasaan di Blok 4, Flat UTM, AU3/1 atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ telah dilaksanakan bermula pada 25 Mei.

“Tindakan bersepadu ini melibatkan Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ.

“Tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat,” kata kenyataan.

Meninjau ruangan komen berhubung laporan berkenaan di laman Facebook, rata-rata netizen ‘geli hati’ terhadap tindakan pemilik rumah flat tersebut.

“Teringin tengok muka owner. Jarang jumpa orang berjiwa besar mcm ni”

“Owner mesti target raya korban nanti nak beraya rumah besor. Sekali rumah dia yang kena korban dulu.”

Ada juga yang ‘sindir’ pemilik rumah berikut.

“Dah b40 selera b40 je la.. Tak yah nak acah2 t20”

“Rumah flat selera semi D coner lot susah la”

Tak lupa juga, ada yang ‘tajam mata’ sampai nampak keadaan rumah sebelah.

“Rumah sebelah tu dok teropong jer. Dok tunggu masa jer”

“jiran sbelah tu jgn lupa juga.. kna robohkan.. bru adil.. dh la bukan tanah sdiri.. suka suka je renovate jadi hak dia..”

SUMBER : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply