New Zealand Akhirnya Pecat ‘Ahli Sihir’ Rasmi Negara, Dibayar Hampir RM50K Setahun | ‘Ahli sihir’ rasmi New Zealand, Ian Brackenbury Channell dilaporkan telah dipecat secara rasmi selepas tular mengenai komennya terhadap isu memukul wanita, baru-baru ini.
Menurut laporan New York Post, Channell dikatakan menerima gaji kira-kira AUD 16,000 (RM49,349) setiap tahun sejak berkhidmat dengan kerajaan New Zealand yang ditugaskan untuk melakukan ‘persembahan magik’ untuk membantu mempromosikan Christchurch.
Berkhidmatan sejak tahun 1998, Channell dikhabarkan telah dipecat akibat daripada komennya yang telah mencetuskan provokasi.
Katanya menerusi komen terbabit, ” mereka golongan birokrat yang tidak mempunyai imaginasi, mereka tidak memikirkan cara untuk mempromosikan Christchurch ke luar negara” melalui media sosial milik peribadinya.
Namun, bandar itu dilaporkan telah mengakhiri kontraknya untuk membolehkan mereka menggunakan cara yang moden untuk memajukan pelancongan.
Difahamkan, Channell telah membuat beberapa kenyataan sensitif tentang wanita pada bulan April lalu di sebuah rancangan komedi, yang juga turut menjadi punca pemecatannya.
Sementara itu, Jurucakap Majlis Lynn McClelland mendedahkan bahawa mereka mengirim surat terima kasih kepada Channell kerana perkhidmatannya selama ini dan memberitahu bahawa mereka telah mengakhiri kontraknya.
Channell telah tiba di New Zealand pada tahun 1976 dan diminta untuk melakukan persembahan pada tahun 1990 oleh Perdana Menteri Mike Moore.
Sumber: New York Post