Seorang pekerja dilaporkan maut selepas tersepit pada rantai mesin sebuah kilang di Jalan Genuang, pada Isnin.

Ngeri! Pekerja Kilang Maut Tersepit Rantai Mesin

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, mangsa tersepit pada rantai mesin ‘fryer conveyor’ dalam kilang tersebut.

Menurut Mazuki, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang dan seramai 12 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa tersepit pada rantai mesin ‘fryer conveyor’ dalam kilang terbabit. Bomba memotong rantai mesin menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tampat pada jam 4.14 petang.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply