OKU Smile: Pas Tambang Percuma Rapid KL, Penang & Kuantan | OKU Smile ialah pas Tambang OKU yang diaktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana. Ianya menawarkan perjalanan secara percuma untuk semua OKU Malaysia yang telah daftar di semua jenis kereta api dan bas yang dikendali oleh Prasarana mulai 1 Februari 2024.
Bagi menghargai dan menambah baik kemudahan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi perkhidmatan RapidKL seluruh Malaysia, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), selaku pemilik serta pengendali pengangkutan awam paling besar di negara, memperkenalkan pas yang disebut sebagai OKU SMILE.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) umumkan Pas Langganan ‘OKU Smile’ iaitu program tambang percuma kepada orang kurang upaya (OKU) yang banyak naiki kereta api dan bas dari syarikat itu bermula 1 Februari depan.
Prasarana adalah pemilik yang mengurus perkhidmatan kereta api negara, dan juga LRT, KL Monorel dan laluan MRT. Selain itu, Prasarana juga adalah pemilik bagi perkhidmatan bas henti – henti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Pahang.
Tambang percuma ini juga bukti keperihatinan Kerajaan Malaysia dan tanggungjawab sosial dari Prasarana yang cakna kepada kebajikan masyarakat.
Selain itu, wujud kad OKU Smile sebagai galakan kepada komuniti OKU untuk mengguna pengangkutan awam serta luaskan saling hubungan antara OKU sendiri.
Kad OKU Smile
Pas OKU SMILE ini ialah pas konsesi OKU yang anda perlu aktifkan pada Kad Konsesi OKU oleh Prasarana, menyediakan PERJALANAN PERCUMA untuk setiap seorang OKU Malaysia yang berdaftar di semua jenis kereta api dan bas yang dikendali oleh Prasarana bermula pada 1 Februari 2024.
Inisiatif ini, yang diumum secara rasmi pada 21 Disember 2023 oleh Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke, adalah sejajar dengan agenda tanggungjawab sosial Korporat Prasarana dan dijangka memberi manfaat kepada penunggang kurang upaya di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Kuantan, Pahang. Pas ini adalah untuk semua pemegang kad konsesi OKU Prasarana yang sedia ada dan
pemohon baharu.
Manfaat ini boleh dinikmati kesemua pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada dan pemohon baharu.
Pendaftaran dan pengaktifan
Pengaktifan Dan Permohonan Baharu Pas OKU SMILE Akan Bermula Pada 15 Januari 2024.
Bagi pemegang kad konsesi OKU Prasarana sedia ada, mereka boleh membuat pengaktifan di mana – mana kaunter Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT dan hab bas yang dipilih.
Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT atau hab bas dibawah:
1. Pasar Seni
2. ChowKit
3. KLCC
4. Sri Nilam
5. PuchongUtama
6. PearlPoint
7. Sunway Pyramid
8. Greenwood
9. Seksyen 2, Shah Alam
Rapid Penang
1. Rapid Penang Headquarters (Lorong Kulit)
2. Weld Quay Bus Terminal (Terminal B)
3. Komtar Bus Terminal
4. Bukit Jambul Bus Hub
5. Balik Pulau Bus Terminal
6. Bukit Mertajam Bus Terminal
7. Kompleks Dato’ Kailan Bus Hub, Kepala Batas
8. Penang Sentral
Rapid Kuantan
1. Hentian Bandar Kuantan
Atau memohon OKU Smile secara dalam talian melalui https://myrapid.com.my/concession-cardregistration/?concession_form=oku. (untuk Rapid KL dan Rapid Kuantan sahaja)
Dokumen Sokongan
Bagi proses pengesahan, pemohon kad OKU Smile perlu mengemukakan dokumen berikut:
a) MyKad Asal.
b) Kad JKM (OKU) asal untuk pengesahan.
c) Bayaran tunai RM5.00.
Pastikan anda mempunyai dokumen ini dan bayaran yang diperlukan untuk memudahkan proses permohonan kad konsesi OKU baharu anda.
Pertanyaan dan Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai OKU Smile ini, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas seperti di bawah:
Untuk Rapid Penang, sila e-mel kepada di [email protected] atau hubungi talian hotline 04-255 8000
Untuk Rapid Kuantan, sila e-mel kepada [email protected] atau hubungi talian hotline 09-566 3686 atau 019-385 8607
Sumber: My Rapid